Selepas tragedi kebakaran yang berlaku di Seomun Market, Daegu baru-baru ini, Park Shin Hye dilaporkan memberi sumbangan secara senyap-senyap menggunakan nama samaran.
Sumber foto: Kpop Herald
Menurut Kpop Herald, Persatuan Bencana dan Bantuan Korea, Hope Bridge melaporkan pihak mereka menerima sumbangan bernilai RM170,000 untuk diagihkan kepada mangsa kejadian kebakaran berkenaan.
Perkara itu bagaimanapun didedahkan oleh pihak tidak dikenali kerana merasakan tindakan Park Shin Hye itu murni dan harus dipuji.
Sumber foto: IG Park Shin Hye
Wakil syarikat pengurusan aktres itu, S.A.L.T Entertainment mendedahkan dalam suatu kenyataan bahawa pihaknya tidak mengetahui mengenai sumbangan itu.
“Kami langsung tak tahu Park Shin Hye membuat sumbangan berkenaan. Kami hanya mengetahui mengenainya apabila wakil persatuan Hope Bridge menghantar resit kepada agensi menggunakan nama tidak dikenali,” katanya.
Baik juga hati aktres dari Korea itu sanggup menyalurkan bantuan kewangan kepada yang memerlukan. - CARI