Selepas menjuarai Gegar Vaganza musim ketiga, penyanyi Azharina Azhar mengakui bukan mudah untuk mencari material bagi lagu-lagu terbaharunya.
Malah, dia berkata untuk mencari lagu yang setanding atau lebih baik daripada lagu signature yang begitu sinonim dengannya, Elegi Sepi seakan tersangat sukar.
Meskipun sudah lebih 10 tahun lagu tersebut dihasilkan, ia tetap menjadi permintaan para peminat tatkala mengadakan persembahan.
"Atas beberapa sebab ia menjadi milik saya namun tidak dinafikan memang susah untuk mendapatkan lagi karya lain yang mampu menandingi kehebatan Elegi Sepi.
"Malah selepas itu sebanyak 11 dendangan saya keluarkan tetapi belum mampu menangkis ingatan ramai terhadap lagu berkenaan.
"Ada lagu yang pernah saya hasilkan seperti Pergilah Cinta pada 2013 pun tidak memberi impak di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pun lagu itu menjadi perhatian di Kalimantan, Indonesia juga di Brunei serta Sabah Sarawak. Lagu itu ada sentuhan dan 'feel' Indonesia.
"ada 2015 pun saya ada rakam lagu ciptaan Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan berjudul Cinta Kita Selamanya tetapi ia turut menerima nasib sama seperti bingkisan sebelum ini," cerita penyanyi yang mesra disapa Nina ini.
Terbaru, Azharina yang sedang laku bak pisang goreng panas mengambil peluang mengeluarkan single terbaharu bartajuk Sekian Terima Kasih. - CARI
Post time 8-12-2016 02:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kelip2_07 replied at 8-12-2016 05:55 AM
ye ke??terkejut tgk bdn dia..kaw2 naik
Lagipun shape badan dia bahagian atas lebih besar/lebar. So bila naik, even sikit pun terus nampak obese
dia muda lagi, i rasa kalau dia makeover, rebranding diri, boleh laku kut. Macam Jennifer Hudson, dah kurus terus meletup hot stuff gitu.