CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4373|Reply: 18

Ibu Tampak Bahagia, Namun Ada Perkara Yang Disembunyikan Daripada Anaknya

[Copy link]
Post time 8-12-2016 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Ibu, ratu hati setiap insan bergelar anak. Mendengar sahaja nama 'ibu', hati pasti terasa damai. Terbang sebentar segala duka. Sebesar mana seorang anak cuba membalas jasa ibunya, pasti tidak akan mampu menandingi kasih sayang dan pengorbanan ibu.


Tahukah anda, ada 5 perkara yang ibu anda sembunyikan daripada anda?



1. Ibu Sering Mengalirkan Air Mata Untuk Kita


Sumber foto: Daily Mail



Ibu menangis bila dapat tahu dia mengandungkan kita. Ibu menangis bila melahirkan kita. Ibu menangis ketika pertama kali memegang kita. Ibu menangis dengan gembira, ketakutan dan kebimbangan. Ibu berkongsi rasa sakit, sedih, dan kegembiraan yang kita alami. Mungkin kita sedar, mungkin tidak.



2. Ibu Sanggup Berlapar
Ibu tidak sedikitpun memikirkan rasa laparnya, malah dia akan rasa lebih kenyang jika melihat kita gembira kekenyangan.



3. Ibu Menanggung Rasa Sakit


Sumber foto: http://whattheflicka.com



Ibu biarkan sahaja rasa sakit bila kita menarik rambutnya. Ibu tahankan sahaja rasa pedih bila kita menggigit putingnya ketika sedang menyusu.


Ibu menanggung rasa sakit semasa kita menendang perutnya ketika dalam kandungan ibu. Ketika melahirkan kita, kesakitan yang ibu rasa tidak akan pernah kita rasakan.




3. Ibu Tahu Dia Tak Sempurna
Ibu mahu jadi ibu yang sempurna untuk kita tanpa melakukan kesalahan. Namun, dia juga manusia biasa, dia juga melakukan kesalahan. Dalam hatinya, ibu masih mencuba memaafkan diri sendiri. Sepenuh hatinya, dia berharap agar masa dapat diputar kembali supaya dia tidak melakukan kesalahan itu. Jadi, fahamilah ibu kerana ibu sudah melakukan yang terbaik untuk kita.




4. Ibu Sedih Setiap Kali Kita Menangis
Tiada bunyi sesedih bunyi tangisan kita atau pandangan sepilu wajah kita mengalirkan air mata. Ibu cuba sedaya upaya menghentikan tangisan kita dan apabila gagal, pilu hati ibu melihat kita sedih.




5. Ibu Utamakan Keperluan Kita
Ibu sanggup berlapar dan menahan rasa kantuk kerana kita lebih penting dari dirinya. Ibu memenuhi keperluan kita sehingga tiada ruang untuk memikirkan mengenai dirinya.


Sumber foto: Carian Internet




Ibu tak pernah menuntut sesuatu di luar kemampuan kita, jadi berikanlah kebanggan kepadanya. Ibu kita masih hidup, maka berbahagialah bersamanya sebelum kita hanya mampu menghadiahkannya doa anak yang soleh. Renungkanlah betapa besar kasih seorang ibu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Emak yang baik xkan meratap kesusahan depan anak. ..mcm aku lah...meratap kat thread luahan ja
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh nama pon emak.. Suka x suka once anak lahir tggungjawab atas bahu.. Dlm dunia ni org gila je x syg anak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 05:19 PM | Show all posts
kasih sayang  ibu tiada nilainya
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 06:40 PM | Show all posts
Kita sayang mom kitaaa. sgt2. mommy kte thebest.hiks
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 08:20 PM | Show all posts
now  ...byk masa berenggang dgn ibu  ...sebab ibu ikut ayah ...kita tinggal sini ,ada masa pergi jauh ...

zaman mak ayah bela 24 jam ....rasa mcm duduk dlm  penjara ...sgt protective nyaaaaaaaaaa


now...rindu saat2 tu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2016 07:31 AM | Show all posts
seorang ibu akan sentiasa besama anak tak kira susah atau senang...biar aku hidup susah macamana pun aku akan pastikan anak2 akan sentiasa bersama aku dan akan berusaha menyediakan keperluan mereka.

lebih manis bila anak-anak berjaya dala pelajaran dengan sokongan dari aku tanpa seorang ayah..tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya membela 4 anak tanpa seorang lelaki bergelar AYAH
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 07:48 AM | Show all posts
singlemum_4 replied at 9-12-2016 07:31 AM
seorang ibu akan sentiasa besama anak tak kira susah atau senang...biar aku hidup susah macamana pun ...

Ececececeececeh

At the very first place you cannot bear kids alone without hadirnya seorang Yang bernama jantan untuk supply hang the tadpoles, spermatozoa(and of course dgn izinNYA)...tup tup nak lagak utk sebut, tidak Ada Yang lebih manis dari sorang sorang berjaya memberi kejayaan pada anak tanpa kelibat seorang laki????

Jangan jadi manusia kufur , dgn tidak berasa syukur boleh kah????

Hang nak manak sambung lagik?

P.S......tuh jual muka saper lak??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 07:51 AM | Show all posts
sebu replied at 8-12-2016 01:01 PM
Emak yang baik xkan meratap kesusahan depan anak. ..mcm aku lah...meratap kat thread luahan ja: ...

Don't worry , takda seorang pun dalam nee Yang percaya hang sorang Mak Yang Baik.....Sekian........
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 07:56 AM | Show all posts
intan_smsb replied at 8-12-2016 05:19 PM
kasih sayang  ibu tiada nilainya

Irregardless samada amanah( anak) itu digalas dgn baik atau tidak ?????

9 bulan mengandung itu is EVERYTHING......

Kan?????


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by singlemum_4 at 9-12-2016 12:01 AM
mannakkautau replied at 8-12-2016 11:48 PM
Ececececeececeh

At the very first place you cannot bear kids alone without hadirnya seorang Yan ...


back to.topic pls

hakikatnye sesetengah lelaki ada yg lari dari tanggung jawab...sebab tu ramai ibi tunggal...

hakikatnye gak..ibu ni dalam.keadaan apa pun akan sentiasa bersama anak walaupun ank tu da berkahwin...

dalam sedih ibu jugak yang dicari...kalau ada berita gembira ibu gak yg pertama.dicari...


ps...pic tu kan artis.



Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:00 AM | Show all posts
HannahMontana replied at 8-12-2016 08:20 PM
now  ...byk masa berenggang dgn ibu  ...sebab ibu ikut ayah ...kita tinggal sini ,ada masa pergi jau ...

So  sebelum ini jika hang rasakan hidup seperti didalam penjara, rasa being so protected, kini dah akhirnya terlepas....Ada feeling feeling macam at the TOP of th world, ala ala...KOTEX NEW FREEDOM tak??????







Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:08 AM | Show all posts
Edited by mannakkautau at 9-12-2016 08:10 AM
singlemum_4 replied at 9-12-2016 07:58 AM
back to.topic pls

hakikatnye sesetengah lelaki ada yg lari dari tanggung jawab...sebab tu ram ...

Sesetengah laki yang lari dari tanggunjawab, tahu pulak hang bukak bijik mata hang besar Besar kan???? Yang sesetengah isteri jenis kufur macam hang yang Tak kenal erti syukur, seolah boleh beranakkan bayi tanpa spermatozoa laki....hang buat buat buta?????

Tidak Ada Yang lebih manis dari melihat kejayaan Anak Anak sorang sorang,even  tanpa kelibat seorang suami kohnon....

Dah tuh...Nee menggatal bijik nak Kawen lagi pasai apa???? Pi ler nikmati kejayaan Anak Anak sorang sorang....Ada laki buat per?????

nak manak sambung lagik????


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:16 AM | Show all posts
mannakkautau replied at 9-12-2016 12:08 AM
Sesetengah laki yang lari dari tanggunjawab, tahu pulak hang bukak bijik mata hang besar Besar kan ...

salam jumaat.... semuga semua ibu ibu dalam nie akan lebih menjadi supermum
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:42 AM | Show all posts
singlemum_4 replied at 9-12-2016 08:16 AM
salam jumaat.... semuga semua ibu ibu dalam nie akan lebih menjadi supermum

Lebih utk menjadi supermum supaya dapat pegang title singlemum_4 kali macam hang???

SM, SM......itulah manak dah naik jenuh nasihatkan hang....kesederhanaan itu adalah antara ciri kesempurnaan.....Tak payah hang nak taksub kan diri hang dgn istilah istilah supermum nee...yang sedang sedang aja dong............
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 05:13 PM | Show all posts
mannakkautau replied at 9-12-2016 07:56 AM
Irregardless samada amanah( anak) itu digalas dgn baik atau tidak ?????

9 bulan mengandung itu  ...

EVERTHING selama 9 bulan tak buat mak manak?? sebab telah menlahirkan manak ke dunia ini ?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 06:36 PM | Show all posts
mannakkautau replied at 9-12-2016 08:00 AM
So  sebelum ini jika hang rasakan hidup seperti didalam penjara, rasa being so protected, kini dah ...

banyak ko punya  nick multinickkkkkkkkkkkk sgttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 07:22 PM | Show all posts
hakikatnya x sume perempuan layak title ibu walopon dah beranak pinak. skarang ni bsepah2 "ibu" tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sayang ibu aku, kepada ibu tunggal bertabahlah dalam menjalankan kewajipan sebagai ibu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.063346 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list