CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2624|Reply: 12

Hotel Diminta Bekerjasama Untuk Serbu Pasangan Khalwat

[Copy link]
Post time 8-12-2016 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Foto: www.freemalaysiatoday.com


Hotel diminta beri kerjasama kepada pihak berkuasa agama yang mahu membuat pemeriksaan dalam bilik hotel yang disyaki digunakan pasangan Islam bukan muhrim.


Walau bagaimanapun, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata pihak hotel tidak boleh dedahkan maklumat peribadi tetamu dan ia termasuk nombor bilik.


Menurut Presiden MAH, Cheah Swee Hee, hotel tidak boleh menghalang pegawai menjalankan tugas.


Kenyataan ini dikeluarkan selepas insiden seorang pegawai polis maut selepas terjun dari tingkat atas pangsapuri ketika cuba melarikan diri dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


Tindakan menyerbu bilik atau kediaman menjadi kontroversi dan dipersoalkan sesetengah pihak kerana dianggap melanggar hak privasi.


Menurut Cheah, pegawai agama akan memberitahu pengurusan hotel bilik mana yang mereka hendak serbu, dan mereka akan diiringi pengawal keselamatan hotel ke bilik berkenaan.

“Pihak berkuasa agama kemudian akan mengetuk pintu dan minta untuk masuk, dan biasanya tetamu akan patuh arahan itu. Hotel tidak dibenarkan membuka pintu bilik berkenaan untuk pihak berkuasa tetamu,” katanya kepada Free Malaysia Today.


Hotel terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) untuk melindungi maklumat tetamu.

“Ini bermakna pihak berkuasa agama tidak boleh bertanya siapa menginap di bilik tertentu. Kami tidak boleh mendedahkan maklumat seperti itu. Pihak berkuasa agama tidak boleh ketuk dari pintu ke pintu,” katanya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 11:53 AM | Show all posts
lepas ni ramai2 lah boleh check in dan ramaikan lagi anak zina kalau xleh serbu2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Memanglah tak boleh bagitahu. Kau nak tahu jugak, tanyalah kat allah. Sesungguhnya allah itu maha mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Calling2 @Mimique . Islam telah tercabar sis!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai dan seks berpisah tiada. Hidup umpama parasit. Mekar bercambah tanpa keringat peluh bekerja, selain dari modal menjaja nama tuhan. Ummah melayu makin lama makin sengal.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 12:24 PM | Show all posts
Bodoh punya lobai2... sejak bila tuhan bagi sijil suruh depa buat kerja bodo macam nii.. menceroboh & melanggar hak2 privacy orang lain

Barangkali lobai2 ni pala hotak dok pikiaq sex jaa.. sambil serbu sambil cuci mata percuma.. dah macam tadak kerja lain lobai2 bodo ni... patut laa orang2 Isle terus ketinggalan.. pemikiran jumud
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2016 12:31 PM | Show all posts
ntah knp dr dulu aku anti dgn puak2 yg merasa depa tu lah 100 hot list fast lane syurga teruss...padahal keluarga sendiri urmmm....ini la melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bestnya nmp byk terjun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 01:21 PM | Show all posts
So, lepas ni maybe akan ada orang yang mati kerana terjun dari Hotel Hilton kerana nak mengelak ditangkap oleh Jabatan Agama.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hotel 4 star selamat kah?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 06:31 PM | Show all posts
puak2 yg menentang ni,
kalau ada bukti, bini sendiri pi khalwat dlm bilik dgn mamat negro dlm hotel.
mgkin diaorg pasrah ajala,
ini ada akta perlindungan data bagai, ni semua hal peribadi, tkle tau periksa sekalipun bini sndiri org nmpk pi masuk bilik sorg2 dgn mamat negro tu.

dayus benar puak2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 07:06 PM | Show all posts
hahahahaha..
malam ni sapa yang kena..
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2016 07:44 PM | Show all posts
Malam ini lobai kepala atas berbungkus kemas kerja overtime untuk mendapatkan pahala lebih dari Allah SWT.

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.056258 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list