View: 1330|Reply: 3
|
Makmal Proses Syabu Diserbu, Dadah Bernilai RM15.5 Juta Berjaya Dirampas
[Copy link]
|
|
Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya membongkar satu makmal memproses syabu dan merampas dadah dalam beberapa serbuan berasingan di ibu negara.
Menurut laporan Berita Harian, dadah yang dirampas bernilai RM15.5 juta dan tiga lelaki berusia antara 25- 40 tahun ditahan dalam serbuan.
Kejayaan pasukan STING itu dikongsi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui twitternya.
Sumber: Twitter
"Syabas STING @PDRMsia gempur makmal haram proses syabu di Lembah Klang. Tangkap tiga orang dan rampas dadah bernilai RM15.5 juta #GoPDRMGo
Susulan kejayaan tersebut, satu sidang media akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lps ni kena lepas org yg berkenaan dah la... ![](static/image/smiley/onion/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah KPN n yg jd admin twitter ni...kena tiru ni..baru TPM nampak ... |
|
|
|
|
|
|
|
harap semua dadah yg di rampas tidak ada yg 'tercicir'
|
|
|
|
|
|
|
| |
|