Bukan netizen sahaja yang geram dan marah dengan tindakan Fathia Latiff memuat naik foto seorang pramugari yang enggan membantu mengangkat begnya, malah beberapa rakan artis juga turut melahirkan rasa kesal mereka terhadap tindakan pelakon itu.
Sumber foto: IG Fathia Latiff
Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri, 46, yang pernah suatu ketika dahulu memegang jawatan Ketua Pramugari MAS menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan aktres berkenaan yang dianggap tidak wajar dilakukan.
Sumber foto: Twitter
"Tugas untuk membantu penumpang untuk angkat beg tiada dalam prosedur skop kerja kru penerbangan. Perkara itu dilakukan hanya atas budi bicara mereka sahaja dan saya percaya perkara-perkara itu ada ditulis dalam penerbangan.
"Keutamaan hanya diberi kepada penumpang kurang berkemampuan seperti ibu yang ramai anak, orang tua dan orang yang berkerusi roda sahaja, jika sihat seseorang itu perlu melakukannya sendiri," ujarnya kepada mStar Online.
Menurut Maria, tiada artis yang diberi sebarang keistimewaan ketika berada di dalam penerbangan.
Dalam pada itu, penyanyi yang masih bekerja sebagai pramugara, Zarul Husin, 43, berkata beg yang berat seharusnya diletakkan ke dalam tempat kargo bagi memudahkan penumpang membawa diri dalam penerbangan.
Zarul akui ramai sahaja VVIP yang menggunakan khidmatnya, tetapi mereka sendiri tahu tentang tugas kru kabin dan mereka selalunya meminta pembantu untuk menganggat beg-beg yang dibawa.
"ada saya tiada salahnya jika meminta pertolongan tersebut dengan cara yang lebih baik," ujarnya.
Manakala, pelakon dan pengacara Karl Shafek, 36, kesal dengan tindakan Fathia memuat naik foto pramugari terbabit kerana ia boleh memalukan pramugari itu sekeluarga.
Menurutnya, golongan selebriti seharusnya sedar bahawa tak semua orang terutama anak kapal mengenali mereka sebagai artis.
Kita ni sesama manusia, bertolak ansur kan lebih baik. Golongan selebriti harus sedar yang diri mereka itu selalu mendapat perhatian sekeliling. Apa sahaja yang mereka buat, pasti ada yang memerhati dan mempertikaikan kewajarannya. - CARI |