CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1583|Reply: 4

Mangsa Banjir Terjejas, Kelantan 67 Orang, Perak Lebih 100 Orang

[Copy link]
Post time 5-12-2016 12:09 PM | Show all posts |Read mode


Setakat 7 pagi tadi, seramai 109 orang berbanding 88 orang malam semalam berhubung jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Perak.


Memetik laporan Bernama, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak memaklumkan bahawa seramai 71 orang adalah dari Kampung Padang Serai, Manjung dan mereka ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Kampung Padang Serai.


Sementara itu, 38 lagi dari Kampung Pengkalan Ara dekat Sungai Manik daerah Hilir Perak ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara. Banjir di kedua-dua kampung itu adalah akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan air bertakung dan ketika ini cuaca mendung.


Sementara itu, mangsa banjir di Kelantan kekal 67 orang sehingga 8 pagi ini, menurut portal rasmi kerajaan Kelantan.


Berdasarkan portal http://ebanjir.kelantan.gov.my, semua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Puteh (26 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Bachok (12 orang), dan SK Tiong, Kota Bharu (29 orang).


Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air sungai Kelantan di Sungai Golok, Rantau Panjang di Pasir Mas pada 7 pagi ini menurun kepada 7.34 meter berbanding 7.81 meter pada 8 malam semalam.- CARI

sumber foto: http://assets.bharian.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2016 06:06 PM | Show all posts
harap tahun ni takla teruk mcm tahun2 y lpas
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 06:10 PM | Show all posts
a. salah dap
b.salah siam
c.salah tuhan
d.salah sampah dalam longkang
e.salah sikap pengotor penduduk

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 06:23 PM | Show all posts
-electrifying- replied at 5-12-2016 06:06 PM
harap tahun ni takla teruk mcm tahun2 y lpas

lets hope so..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 08:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.260961 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list