CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4354|Reply: 49

Kalau Tak Puas Hati, Putuskan Hubungan Dgn Myanmar- Tun Mahathir

[Copy link]
Post time 5-12-2016 10:33 AM | Show all posts |Read mode


Putuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar sebagai bantahan terhadap penindasan etnik minoriti Islam Rohingya di negara itu.


Demikian saranan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kerajaan Malaysia pada sidang media selepas persidangan DAP peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Ideal Ahad lalu.

Memetik laporan Mstar, Tun Mahathir turut mendedahkan, beliau pernah menulis surat dan menghantar wakil bertemu dengan pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika pemenang anugerah Nobel Keamanan itu ditahan oleh kerajaan junta.

"Saya bertemu dengan seorang jeneral Myanmar pada ketika itu dan membawa beliau ke Malaysia untuk menunjukkan bagaimana demokrasi berfungsi.

"Itu yang perlu dilakukan oleh kerajaan kerana pada peringkat itu, kita tidak perlu mengadakan tunjuk perasaan di jalanan."


Dalam pada itu, berhubung tindakannya menyertai demonstrasi jalanan, jelas beliau ini adalah kerana dirinya tidak lagi berada dalam kerajaan.- CARI

sumber foto: http://en.abna24.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2016 10:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Just wondering
Klu myanmar sana pun buat demo
Suh najib resign
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Demo dkt malaysia ke? Junta myammar sah2 rileks jer kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 11:14 AM | Show all posts
tak boleh ke kalau ugut jah. . malaysia xnk terima workers dri myanmar.  kasi tekanan sikit. ini jibi warning su kyii pon sambil gelak2 sengeh2.. enough is enough sambil mnguntum bibir pink. igt ceramah politik ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tun dulu tak puas hati dgn us yg sokong israel ada dia putuskan hubungan dgn us
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2016 11:25 AM | Show all posts
fazamania replied at 5-12-2016 11:02 AM
Demo dkt malaysia ke? Junta myammar sah2 rileks jer kat sana

sedikit sebanyak terkesan juga..selepas melawat singapura Aung Suu Kyi pun tak jadi melawat indonesia kerana sentimen negara2 majoriti Islam atas perbuatan tentera Myanmar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
putuskan hububgan diplomatik worsening

takde saluran utk berbicara dgn kerajaan.. china mesti marah... xdpt nk tolong pelarian.. berjmaah dorg dtg sni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas putus then what?

Macam la junta buddha myanmar terus insaf dan hentikan kezaliman

Dia ingat kepala dia je yang betul
Makin lama makin merapu bekas PM sorang tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 11:59 AM | Show all posts
Kalau kita lihat di pihak Myanmar sendiri, wakil kerajaan Myanmar mengeluarkan kenyataan rasmi membantah tindakan Najib, Zahid, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang berdemontrasi bersama PAS itu. Mereka menggunakan saluran diplomatik.

Memanglah kerajaan Myanmar itu zalim kerana bersubahat dengan pelampau Burma untuk menindas masyarakat Rohingya, tetapi dari segi pemikiran berpolitik, mereka menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan bantahan mereka.

Kalau kita lihat yang berdemontrasi membantah Najib menyertai demontrasi bersama PAS itu hanyalah geng-geng pelampau Burma yang didalangi oleh tok sami-tok sami yang ekstrem, tak ada pun Presiden, atau anggota pentadbiran tertinggi Myanmar yang menyertai demontrasi tersebut, kerana mereka pun faham, jika Presiden dan menteri-menteri Myanmar menyertai demontrasi dengan pelampau Burma dan tok sami-tok sami ekstrem tersebut, maka mereka akan kelihatan bodoh pula.

Saya bukanlah menyokong keganasan rejim Myanmar dan pelampau Burma itu, tetapi dari segi tindakan politik mereka, mereka kelihatan lebih bijak dari Najib, Zahid, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang berdemontrasi bersama PAS semalam.

Masyarakat antarabansa sudah tentu geli hati dengan sikap Najib, Zahid, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri yang berdemontrasi bersama PAS dalam isu Rohingya ini tetapi tidak menggunakan saluran diplomatik yang betul untuk menangani isu ini.

Macam saya komen sebelum ini la, orang tak hairan dan tak pelik PAS berdemontrasi kerana mereka tak ada kuasa politik, tetapi Najib, Zahid, menteri-menteri yang ada kuasa politik, tapi tak gunakan kuasa politik tersebut, tapi sibuk bermain wayang politik hanya memalukan diri mereka sendiri sahajalah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 5-12-2016 11:19 AM
tun dulu tak puas hati dgn us yg sokong israel ada dia putuskan hubungan dgn us

Dià berdemo tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:03 PM | Show all posts
Sewajarnya kerajaan Malaysia mengambil tindakan mengikut saluran diplomatik seperti mengemukakan bantahan kepada kerajaan Myanmar kerana isu ini bukan sahaja melibatkan isu kemanusiaan, malahan memberikan kesan negatif kepada negara-negara Asean yang lain kerana sudah tentu akan mewujudkan ramai pelarian yang akan masuk ke negara-negara jiran untuk mengelakkan keganasan tersebut.

Selain itu, Malaysia juga adalah anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, apa guna Malaysia jadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB jika tidak dapat mengketengahkan isu Rohingya ini ke dalam Majlis Keselamatan PBB?

Malaysia juga merupakan ahli pelbagai pertubuhan peringkat antarabangsa dan sudah tentu Malaysia mempunyai hubungan dengan banyak negara, sebagai Perdana Menteri, sepatutnya Najib menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan-kerajaan negara-negara berkenaan untuk menangani isu Rohingya ini.

Jika sekadar berhimpun beramai-ramai seperti yang dibuat oleh Najib, Zahid, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri bersama PAS semalam, apakah yang boleh membantu masyarakat Rohingya itu?

Pada hemat saya, PAS buat perhimpunan beramai-ramai itu ok la, sebab PAS tiada kuasa politik, tetapi saya pelik bila Najib, Zahid, menteri-menteri, dan timbalan-timbalan menteri yang ada kuasa politik tidak menggunakan kuasa politik untuk menyelesaikan isu ini, tetapi sibuk berdemontrasi bersama PAS, apa semua ini?

Saya tak hairan jika Najib, Zahid, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri berdemontrasi bersama PAS selepas segala saluran diplomatik telah diambil, tetapi ini tidak, Najib, Zahid, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri tidak menggunakan saluran diplomatik, tetapi sibuk berdemontrasi sahaja, apa gunanya?

Saya masih ingat lagi Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari Amanah, Datuk Raja Bahrin mengenai isu keganasan oleh rejim Myanmar dan pelampau Burma terhadap masyarakat Rohingya dengan alasan tidak boleh mencampuri urusan negara lain.

Bila usul berkenaan ditolak, tak ada seorang pun ahli-ahli parlimen BN dan PAS yang bangun untuk menyokong supaya usul daripada Ahli Parlimen Amanah itu dibahaskan kerana melibatkan kepentingan kemanusiaan dan melibatkan keselamatan negara.

Mengapakah ahli-ahli parlimen BN dan PAS tidak serius untuk membahaskan usul yang dicadangkan oleh Ahli parlimen Amanah Kuala Terengganu itu? Sekarang Najib, Zahid, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri berkumpul beramai-ramai bersama PAS untuk berdemontrasi pasal isu keganasan terhadap masyarakat Rohingya itu pula.

Bezanya wahai blogger Cucu Tok Selampit adalah Najib, Zahid, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menyelesaikan isu keganasan terhadap Rohingya ini, tetapi sibuk nak bermain politik dengan menyertai perhimpunan bersama PAS itu pula, ini masalahnya.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Bahagian Jerlun
Kedah Darul Aman
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 5-12-2016 11:41 AM
putuskan hububgan diplomatik worsening

takde saluran utk berbicara dgn kerajaan.. china mesti mar ...

Kalau tengok video dia. Dià bgtau contoh tindakan yg govt in control yg blh buat, dia bukan suruh buat cut off ties pun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:05 PM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 5-12-2016 12:06 PM

Tun Dr. Mahathir dan barisan kabinet semasa beliau menjadi Perdana Menteri menyertai Perhimpunan Aman Malaysia bukanlah kerana disebabkan konflik tertentu, kerana di zaman Tun Dr. Mahathir, sebarang konflik melibatkan isu kemanusiaan, kerajaan di zaman itu akan mengambil tindakan diplomatik yang tegas untuk menyelesaikan konflik tersebut seperti konflik di Bosnia, konflik di Palestin, konflik di Iraq, kerajaan di zaman Tun Dr. Mahathir menulis surat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik itu untuk menyatakan Malaysia tidak bersetuju dengan konflik itu dan mencadangkan perdamaian kepada pihak-pihak yang bertelagah.

Malahan Malaysia juga menggunakan saluran diplomatik antarabangsa seperti ASEAN, OIC, PBB untuk menangani sebarang konflik yang berlaku.

Misalnya dalam isu konflik di Selatan Filipina dan Selatan Thailand, kerajaan Malaysia di zaman Tun Dr. Mahathir tak pernah la berdemontrasi di kedutaan Filipina dan kedutaan Thailand untuk menyatakan rasa tidak puas hati, tetapi kerajaan di zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri mengemukakan bantahan, memanggil sidang tergempar badan-badan antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian.

Misalnya dalam isu masalah di Selatan Thailand dan Selatan Filipina, kerajaan Malaysia menjadi orang tengah antara pihak-pihak yang berkonflik tersebut melalui samada ASEAN atau OIC. Kesannya, pihak-pihak yang bertelagah mengendurkan ketegangan dan berundi di meja rundingan.

Begitu juga dalam isu pencerobohan di Iraq oleh Amerika dan Britain, Tun Dr. Mahathir menggunakan ruang diplomatik dengan berucap di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru supaya negara-negara lain tidak menyertai kempen ketenteraan yang didalangi oleh Amerika dan Britain yang menceroboh Iraq, kesannya banyak negara menentang pencerobohan tersebut dan Amerika dan Britain akhirnya mengundurkan sedikit demi sedikit tentera mereka dari Iraq selepas mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.



Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Mohamad Faiz Hamzal Ismail
Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia
Bahagian Jerlun
Kedah Darul Aman
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:12 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 5-12-2016 12:05 PM
Tun Dr. Mahathir dan barisan kabinet semasa beliau menjadi Perdana Menteri menyertai Perhimpunan A ...

celaka ko kaki fitnah bangsat

sial ko

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
deezeck replied at 5-12-2016 12:12 PM
celaka ko kaki fitnah bangsat

sial ko

Pakcik, sekarang ni budaya macai najib adakah tak boleh lawan dgn fakta terpaksa maki hamun yer...eloklah sbb bagi pembaca membenci parti pakcik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2016 12:18 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 5-12-2016 12:04 PM
Kalau tengok video dia. Dià bgtau contoh tindakan yg govt in control yg blh buat, dia bukan suruh ...

suka hati la dia nak buka mulut

dia tercari2 platform sampai terpaksa menempel kat
mesyuarat cina DAP yang suatu ketika adalah taboo baginya

ini semua menunjukkan tahap keterdesakan
lelaki tua itu

kasihan dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:19 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 5-12-2016 12:15 PM
Pakcik, sekarang ni budaya macai najib adakah tak boleh lawan dgn fakta terpaksa maki hamun yer... ...

ko tak tahu cerita jangan nak menyibuk

dia fitnah pasal majlis jamuan makan malam
yang kononnya presiden diboikot sebab nampak tak ramai

padahal memang jamuan tu hanya untuk certain
perwakilan yang dijemput sahaja


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
deezeck replied at 5-12-2016 12:19 PM
ko tak tahu cerita jangan nak menyibuk

dia fitnah pasal majlis jamuan makan malam

Tu tak fitnah...mmg betul pun. Yg kaki fitnah  puak pakcik ....ops lupa pulak satu nama lain penyonglap  
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 12:25 PM | Show all posts
scorpionkiki replied at 5-12-2016 12:22 PM
Tu tak fitnah...mmg betul pun. Yg kaki fitnah  puak pakcik ....ops lupa pulak satu nama lain penyo ...

ko pun sama celaka macam monyet tu

sial ko kaki fitnah jahanam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.334944 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list