Sumber Foto: IG Priyanka Chopra dan IG Meghan Markle
Walaupun tidak ditemani kekasihnya, Meghan Markle tidak pernah berasa sunyi dan kesepian kerana dia selalu keluar dengan teman-teman wanitanya.
Kekasih kepada Putera Harry itu selalu dilihat keluar bersama dengan aktor Bollywood yang kini sudah menempa nama di Hollywood iaitu Priyanka Chopra.
Sudah lama nampaknya kedua wanita jelita ini berkawan, secara tepatnya setelah Priyanka memulakan kariernya di Hollywood.
 Sumber Foto: IG Priyanka Chopra
Menurut Dailymail.co.uk, Meghan adalah seorang yang beruntung kerana berkawan dengan Priyanka yang mendapat jolokan bintang baru yanng bersinar dalam industri hiburan Hollywood.
Melihat gambar yang dimuat naik oleh Priyanka Chopra, mereka berdua kelihatan sedang bersantai di dalam sebuah bar bersama produser Mubina Rattonsey.
Sumber Foto: IG Priyanka Chopra
 Sumber Foto: IG Meghan Markle
Bukan hanya gambar itu, sebelum ini pun banyak gambar mereka bersama telah dimuat naik di laman sosial masing-masing.
Pada masa sekarang, kedua-duanya memang menjadi tumpuan ramai kerana kejayaan karier Priyanka di Hollywood, manakala Meghan pula disebabkan hubungan istimewanya dengan Putera Harry.-CARI |