Nampaknya pereka fesyen dunia sering menjadikan barang-barang biasa kepunyaan orang Asia sebagai inspirasi untuk menghasilkan rekaan fesyen bertaraf antarabangsa.
Kalau sebelum ini ada rekaan 'beg karpet lantai' dan beg plastik 'makcik-makcik' keluaran jenama mewah Balenciaga.
Sumber Foto: mikeshouts.com
Kali ini Hermes tampil dengan rekaan beg tangan mewah yang bentuknya sangat menyerupai bungkusan nasi lemak.
Sebenarnya beg tangan yang mempunyai tekstur seperti daun pisang ini adalah sebahagian daripada koleksi musim bunga oleh pereka fesyen terkenal dunia iaitu Jean-Paul Gaultier pada tahun 2010.
Sumber Foto: www.worldofbuzz.com
Walaupun sudah lama, beg ini menjadi viral baru-baru ini kerana seorang pengguna Twitter dengan tidak sengaja telah menemui gambar tersebut.
Mungkin di negara Barat ia dianggap sesuatu yang unik, namun bagi kita rakyat Malaysia, tidak dapat dinafikan setiap kali melihat beg itu pasti akan teringat nasi lemak.
Sumber Foto: www.worldofbuzz.com
Bukan itu sahaja, sebenarnya Jean-Paul juga telah mereka beberapa beg yang sama macam daun-daun yang biasa ditemui di negara kita seperti daun pandan dan daun kelapa.
Wah, menarik. Ada sesiapa nak cuba buat sendiri beg gunakan daun-daun di belakang rumah? Mungkin rekaan anda akan diangkat menjadi trend yang hangat lepas ni. Siapa sangka kan? -CARI |