CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5242|Reply: 48

Hanya Kerana Air Kotak, Remaja Lelaki Dibelasah Sekumpulan Pelajar Senior

[Copy link]
Post time 30-11-2016 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Hanya kerana enggan memberikan air kotak miliknya, seorang pelajar tingkatan satu sekolah agama di Ipoh dibelasah sekumpulan pelajar senior.


Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 pagi, 16 November lalu sebelum ia menjadi viral sejak beberapa hari lalu. Dalam masa sama, kejadian itu menyebabkan Muhammad Aiman Fahmi Norrizzal, 13, patah tulang rusuk kiri.


Sumber foto: Sinar Harian




Menceritakan kejadian, Aiman dikejutkan seorang pelajar senior untuk solat berjemaah di surau sekolah berkenaan. Namun, sebaik tiba di surau berkenaan, dia malah  ditendang dan ditampar selain diseret sekumpulan pelajar senior berikutan salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati kerana dia enggan memberikan air kotak miliknya ketika diminta.

"Mereka pukul saya seorang demi seorang, dan melepaskan saya setengah jam kemudian.

"Beberapa pelajar senior itu turut mengugut saya supaya tidak melaporkan perbuatan itu kepada sesiapa termasuk guru," katanya kepada Harian Metro.


Kejadian itu, bagaimanapun terbongkar apabila Aiman dibawa ibu bapanya ke Klinik Kesihatan Greentown kerana sesak nafas.


Alangkah terkejutnya bapa mangsa, Norrizal Ramli, 36, apabila dimaklumkan doktor terdapat kesan lebam di bahagian hadapan dan belakang badan anaknya dipercayai dipukul, sedangkan Aiman hanya memberitahu dia sesak nafas akibat terjatuh.


"Hasil ujian pemeriksaan X-ray, doktor memaklumkan tulang rusuk sebelah kiri anak saya patah," katanya.


Norrizal terus melaporkan perkara itu di Balai Polis Jelapang dan laporan itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee malam semalam. - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 09:32 AM | Show all posts
Disebabkan air kotak punya pasal, sampai patah tulang rusuk budak ni dorang buat
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 09:33 AM | Show all posts
Sekolah agama tapi perangai masing2 macam syaiton yang direjam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:00 AM | Show all posts
anak sapa la yang kebulur air kotak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:06 AM | Show all posts
Kesian ko dek. Ni mesti takde abg angkat sebab tu kena belasah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:22 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 30-11-2016 01:33 AM
Sekolah agama tapi perangai masing2 macam syaiton yang direjam.

tak semestinya yg bersekolah agama tu budak baik2 sis....biasanya parents ni ambil jln mudah,  jika ada anak yg nakal dan tk mahu mendengar cakap mereka htr ke sekolah agama dgn harapan ustaz2 boleh didik anak dia jadi manusia....jadi kanak2 mcm ni lah yg mencemarkan nama baik sekolah agama....

kakak ada kenal satu budak ni, bersekolah di salah sebuah madrasah di pahang....ambil tahfiz kot....budak ni dtg dari sabah....semasa di sana ada satu budak ni suka buat gangguan seksual terhadap beliyau...hujung2 bila budak ni tak tahan kena gangguan seksual, di sabitnya budak lelaki yg selalu menganggu beliyau....sampai masuk hospital dan jadi kes polis....




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2016 10:23 AM | Show all posts
syadq replied at 30-11-2016 02:06 AM
Kesian ko dek. Ni mesti takde abg angkat sebab tu kena belasah.

kalau ada abg angkat takut abg angkat belasah dia kat lain pulak sis....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu sebab anak aku 5 tahun aku nak masukkan dia kelas martial arts. Kecik2 dah nak jadi mangkuk hayun bebudak ni ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 10:25 AM | Show all posts
Modngengade replied at 30-11-2016 10:22 AM
tak semestinya yg bersekolah agama tu budak baik2 sis....biasanya parents ni ambil jln mudah,  jik ...

Iye tau... Tak pernah I pandang ustaz/ustazah ni bagai sebaik2 manusia.
Dia org pun manusia juga.
Sekarang ni golongan ustaz/ustazah ni juga yang byk penunggang agama.
Memalukan aje.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:37 AM | Show all posts
Modngengade replied at 30-11-2016 10:23 AM
kalau ada abg angkat takut abg angkat belasah dia kat lain pulak sis....

Semestinye..terangkat setiap malam
Pandai-pandailah bawak diri kalau dapat dok asrama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:41 AM | Show all posts
kekadang tempat cam nie laa yang mak bapak tak leh nak jaga anak deme masukkan budak bermasalah kat sni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape reputer cari hasut orang lain benci budak sekolah agama?

Mana iin?? Mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:50 AM | Show all posts
seriously aku nampak institusi keluarga yang bermasaalah dan pincang
kadang pasal ayam goreng ... pasal karipap la .....

Menteri Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat ... sila bentangkan usul anda untuk mengurangkan masalah2 ini ...

thanks
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 10:53 AM | Show all posts
Biasa lah orang selalu presume sekolah agama murid2 nya semua baik & alim. Tapi kalau keturunan bersaka letak lah mereka kat mana. Jadi masaalah. jiwa kacau

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 11:02 AM | Show all posts
pelahap sgt air kotak sampi tumbuk ank org, samseng taik kucing. Haih dpt budak-budak ni seko-seko mkn terajang karang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 11:11 AM | Show all posts
perangai sekor2 lebih teruk dr  binatang
mmg sial btulll..
patahkan dia org jugak boleh tak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 11:14 AM | Show all posts
eh belilah air pakai duit sendiri... mak tak bagi duit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
siapa ingt budak2 sekolah agama budak2 baik silap besar.kebanyakkan budak yg masuk sekolah asrama agama ni budak nakal,yg mak bapak tak mampu kawal.kemudian di hantar kesini dgn harapan agama mampu didik hati budak2 ni supaya tak nakal.ni pengalaman aku sebagai exstudent sekolah agama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasal air kotak jerr pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 11:45 AM | Show all posts
aiyokkkk anak sapa la kebuluq sgt tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.354265 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list