CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3725|Reply: 8

Almari Macam Tongkang Pecah? Tips Ini Membantu Mengurus Ruang Simpanan Anda

[Copy link]
Post time 28-11-2016 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Masalah ini seringkali terjadi apabila kita membuka almari pakaian. Pertamanya, tiada baju nak dipakai (terlalu banyak baju sampai tak tahu nak pilih mana satu), dan keduanya adalah ruang menyimpan tidak mencukupi!


Faktor terbesar menyumbang kepada masalah ini adalah pengurusan yang tidak sistematik. Mari ubah cara anda mengemas dan menyimpan barang di dalam almari supaya tidak lagi bersepah dan susah mencari barang.




1. Ikat tudung dan shawl anda seperti ini. Tiada lagi masalah mencari warna tudung sesuai dengan pakaian!








2. Anda juga boleh gunakan gelung tirai untuk menggantung tudung dan juga seluar jeans.










3. Buat sendiri ruang menyimpan pakaian dengan kotak atau kadbod. Bukan sahaja jimat duit, malah anda boleh jimatkan ruang.








4. Menyusun pakaian secara menegak atau dalam gulungan adalah sangat menjimatkan ruang almari anda!








5. Gunakan gelung paip PVC atau kadbod paip untuk menyimpan barang anda lebih kemas dan praktikal.











6. Guna semula barang-barang seperti dalam gambar di bawah bagi menambah ruang penyimpanan anda.









7. Sarung bantal bukan sahaja digunakan untuk menyarung bantal anda, malah cadar dan selimut juga boleh disimpan di dalamnya.








8. Bekas kiub ais juga boleh digunakan untuk menyimpan aksesori kecil seperti anting-anting, cincin, kerongsang dan sebagainya.








9. Tiada lagi baju yang melorot (Tapi pastikan gam sudah kering dulu tau!)




Sumber foto: https://brightside.me




Apa lagi? Cepat cuba kaedah di atas! Dijamin tiada lagi masalah hilang barang atau tak jumpa pasangan baju yang nak dipakai. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 05:53 PM | Show all posts
nice info tq
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 06:27 PM | Show all posts
nak try yang gantung seluar tu la
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 06:28 PM | Show all posts
sis mmg praktikkan sume benda ni.sbb tu rumah sentiasa bersih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
blh try nnt
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya kadbod paip.blh try
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2016 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice.info...aritu melepak rumah mak sedara salena...dia lipat n gulung2 tudung then ikat ngn getah sayur tu..pastu susun ...cantik,kemas n senang nak pilih2 tudung....ruang pon save
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 10:07 PM | Show all posts
Info berguna. Satu lagi kalau almari dah mula tak muat untuk letak pakaian maknanya didalam almari tu  pasti ada pakaian yang dah lama tak digunakan.  Jadi elok le mula buat pilihan yang mana masih elok dah boleh digunakan tapi dah tak minat memakaiany lagi elok le disedekahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 01:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.235917 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list