CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2857|Reply: 9

Resipi Rahsia, Biskut Sama Tapi Berbeza Warna, Rupa Dan Tekstur?

[Copy link]
Post time 28-11-2016 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Citarasa biskut anda berbeza dengan pasangan? Anda sukakan tekstur biskut yang lembut dan rangup, tetapi pasangan anda sukakan yang agak keras sedikit.


Bagaimana ya, mahu hasilkan biskut cip coklat yang sama, tetapi berbeza warna, tekstur dan rupa? Portal Brightside berkongsi resepi rahsia yang mampu menyelesaikan masalah anda ini!




Sumber foto: https://brightside.me




Bahan-bahan:


1/2 cawan tepung
1/2 camca teh baking soda
1/2 camca teh garam
100 g unsalted butter (suhu bilik)
100 g gula pasir
100 g gula perang
1/2 camca teh vanila
1 biji telur
50 g coklat




Caranya:


1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°С
2. Campurkan tepung, baking soda dan garam di dalam mangkuk.
3. Gaul mentega/butter, gula pasir dan gula perang menggunakan mixer.
4. Masukkan telur dan vanila dan pukul rata.
5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan coklat.
6. Sudukan adunan ke dalam loyang yang sudah diletakkan kertas minyak. Bakar selama 10 minit atau sehingga warna biskut keperangan.




Bagaimana mahu membuat biskut menepati citarasa anda dan jadi lebih menarik?


1. Biskut lebih rangup: Tambah 1/4 camca teh baking powder + 1/4 camca teh baking soda


2. Warna biskut lebih menarik: Tetapkan suhu ketuhar pada suhu lebih  155°С.


3. Lebih lembut sperti kek: Ganti tepung biasa dengan tepung penaik.


4. Lebih keras dan kurang rangup: Biarkan doh di dalam peti ais selama 30-60 minit.


5. Tekstur biskut lebih lembut dan halus: Tambah 1 sudu besar sirap jagung dan 1 sudu besar gula pasir.




Sumber foto: Huffington Post




Selamat mencuba ya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 12:20 PM | Show all posts
lapa plk tgk biskut2 ni......
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah buat tapi sedap lagi famous amos
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 05:16 PM | Show all posts
dubuk memang makan biskut hujung hujung bulan ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 06:28 PM | Show all posts
aku slalu fail buat biskut..buat kek jadi je plk
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 06:30 PM | Show all posts
lame dah tak membakar biskut.bakar je rentung camano
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2016 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka biskut yg x manis sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 05:02 PM | Show all posts
amyza replied at 28-11-2016 12:26 PM
Pernah buat tapi sedap lagi famous amos

u guna resepi yg mcm di atas tu ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2016 05:03 PM | Show all posts
siskepoh replied at 28-11-2016 06:30 PM
lame dah tak membakar biskut.bakar je rentung camano

kena adjust temp oven tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cikputih15 replied at 30-11-2016 05:02 PM
u guna resepi yg mcm di atas tu ke

Bkn resepi atas tu. I ada pegi kelas,belajar cookies ni masa mula2 tgh famous. Org lain mkn sedap,siap puji2. cuma i je nak sgt sama dgn famous amos tuu   expectation tinggi melangit  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.252872 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list