Malam Jumaat tiba lagi, pasti ramai pasangan yang sudah bersedia dan mahu pulang ke rumah awal petang gamaknya!
Namun begitu, kadang kala bosan juga dengan 'lokasi' bila ranjang atau tempat tidur sering dijadikan saat untuk hubungan intim katanya.
Ada survey yang dilakukan didapati tempat tidur bukanlah lokasi yang menjadi pilihan para pasangan sebenarnya untuk hubungan intim!
Jadi, agaknya di mana?
Sebuah survey yang dilakukan di oleh Skyn Condoms pada 2015 mendapati 78 peratus pasangan lebih gemar memilih sofa sebagai lokasi hubungan intim mereka.
Mengejutkan? Mungkin inginkan kelainan dan juga tak kurang juga yang berasa selesa di situ. Selain itu, 74 peratus pasangan berkata mereka gemar menjadikan bilik mandi sebagai lokasi hubungan intim.
Ini kerana mereka memikirkan mudah untuk membersihkan diri selepasnya. Manakala, 64 peratus pasangan berkata mereka suka melakukan seks dalam kereta. Mereka menganggap aktiviti di situ lebih mengghairahkan.
Gambar hiasan. Foto: Carian google
Antara lokasi lain yang menjadi pilihan ramai pasangan termasuklah atas mesin basuh, atas tangga dan hadapan cermin.
Jadi, yang mana satu agaknya pilihan anda dan pasangan? - CARI |