CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7107|Reply: 47

'Saya Tak Berani Janji Untuk Bertudung Ketika Berlakon' - Zarina Zainuddin

[Copy link]
Post time 22-11-2016 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by lanesra at 22-11-2016 08:06 PM




KUALA LUMPUR, 22 Nov ― Zarina Zainuddin berbelah bahagi sama ada ingin kekal bertudung, seperti dihajatinya, atau membuka pakaian itu untuk menjayakan lakonan.

Beliau sukar untuk berjanji tidak menanggalkan pakaian Islam itu demi memenuhi kriteria watak walau pernah menolak dua tawaran yang perlu menampakkan rambut.

“Sekarang saya dapat tawaran berlakon, mereka suruh buka tudung, saya tidak berani cakap saya bertudung sepenuhnya.

“Untuk drama akan datang, saya tidak tahu macam mana. Saya tidak janji apa-apa. Saya minta orang ramai doakan semoga saya kuat.


“Buat masa ini, masih lagi selamat. Alhamdulillah masih terjaga dan terpelihara. Doakanlah saya,” kata Zarina, 45, ketika ditemui baru-baru ini.

Pelakon drama Menongkah Kasih akhir bulan lepas mengesahkan sudah kembali bertudung selepas mendapat hidayah mengerjakan solat subuh.

Beliau pada hujung bulan lalu juga menyatakan komitmen untuk berhijab sepenuhnya namun meminta sokongan doa daripada peminat.

Katanya, biarpun diberi watak antagonis, namun seboleh-bolehnya hijab itu akan dikekalkan.

Zarina berkata sebagai seorang pelakon sukar baginya untuk mengenakan tudung kerana perlu memenuhi watak yang diberikan.

“Saya masih berlakon. Dalam industri, saya masih seorang pelakon dan pelbagai watak yang saya lakonkan. Tidak semua watak yang kita boleh pakai tudung.

“Contohnya melakonkan watak wanita 1950-an. Pakai selendang, rambut terkeluar juga. Macam mana hendak buat? Pengarah tentu hendak jadikan babak itu logik.

“Minat saya mendalam dalam bidang [seni] ini. Saya cari makan dalam bidang ini, jadi saya tidak berani hendak cakap [bakal istiqamah],” katanya.

Isteri Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar berkata suaminya tidak mengambil pusing soal berhijab, berbeza dengan pendirian anak-anaknya yang begitu menekankan pakaian itu.

Zarina menambah tudung bukanlah satu jaminan kebaikan seorang wanita kerana ia sekadar penampilan luaran.

“Suami saya tidak kisah pakai tudung atau tidak. Pakai tudung dan tidak pakai tudung sama saja. Ada dosa masing-masing.


“Jangan kata orang pakai tudung itu baik. Luaran saja yang kita nampak tetapi sebenarnya hati kena bersih.

- MMO -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 08:29 PM | Show all posts
pengarah dan penerbit ituuu Tuhan ko dan lakonan itu sajalah periuk tanak ko....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 08:34 PM | Show all posts
ala buat je la apa yg ko nk bt... nk bkk bkk lah.. nk pkai pon pakailah.. xpyh dok mnjwb sgt bab2 tdg ni nnt mkn diri. ko bt je la apa ko suka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 08:47 PM | Show all posts
nie lagi satu cth TUA KUTUK SPESIS BODOH
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
knp time scene mandi dorg x bogel?
X feel nk mandi tau tak?!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:12 PM | Show all posts
pernah baca kat sini jugak, dian p ramlee pun pakai tudung. tapi bila berlakon dia ikut kehendak watak. dia pun xde bising2. reporter pun x ambil tahun. tawaran berlakon mencurah2. i live my own life gitu. no need bising2 .


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2016 09:13 PM | Show all posts
bila mana manusia lebih menjaga manusia lain tp bkn menjaga allah. semoga terus istiqomah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:26 PM | Show all posts
baik la doakan rezeki dia murah supanya blh pencen berlakon. aku ygkin dia berlakon sbb perlu mencukupkan yg kurang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nak wujudkan skandal ke hapa ni. Kompius aku. Asalkan ko tak kembali seperti ko yang dulu cuma pakai high heels jer tepi kolam, ummah malaysia dah bersyukur
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatever la mek
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul... pakai tudung ke tk bukan penentu seseorang tu baik... tp sekurang kurang nya yg pakai tudung tu tutup aurat rambut nye... anyway, moga istiqamah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:49 PM | Show all posts
simple je tutup aurat tu wajib bagi yang dah akil baligh dan berakal. Kalau hangpa dah mereng atau period tak datang lagi ( bukan monopaus ye ) silakan buka tudung.

hukum tetap hukum, baik buruk seseorang memang bukan berdasarkan tudung. jangan jadikan hujah bukan tudung bukan penentu baik buruk seseorang untuk jadi alasan buka tudung.

kalau tak nak pakai senyap jelah tanggung sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 22-11-2016 08:34 PM
ala buat je la apa yg ko nk bt... nk bkk bkk lah.. nk pkai pon pakailah.. xpyh dok mnjwb sgt bab2 td ...

Aah..bila menjawab nampak bimbo plak..

Baik senyap
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 10:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 10:58 PM | Show all posts
suka hati ko lah mak cik. ko pun bukannye muda n hot lg
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpulang la kak ina weh. Dosa peribadi tak mudaratkan orang. Sendiri menjawab.

Dosa yang mudaratkan makhluk Tuhan yang nak kena jaga2 jangan terbabas selalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko punya psl la kak rina oi. Dosa ko tanggung sendiri. Besar pnjg dh kn
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
suami x ambil pusing tapi anak-anak lagi matang.. kak ina, jangan la bagi statement kalau x perlu ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm isu brtudung @x...Better ZZ senyap drpd beri statement mcm ni..tp
Zz ni rajin cari duit,jual n masak pulut kuning,buat biskut...kagum iolss
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2016 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
suka tgk zz ni jaga anak2 dia yg austisme tu..
kan pttnya snyp2 je la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.067184 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list