Seperti sudah tiada pedoman, netizen hari ini semakin melampaui batas apabila lantang mengeji dan menjatuhkan hukum ke atas manusia lain.
Lebih biadap apabila mereka sanggup mendoakan kecelakaan seseorang sehingga mendoakan saudara sesama Islam masuk ke Neraka.
Itulah kejadian menimpa pembaca berita TV3, Izwan Azir Salleh, apabila mendapat kecaman teruk daripada netizen yang menyifatkan kerjayanya sebagai suatu dosa.
Sumber foto: IG Izwan Azir
Difahamkan, selaran yang dilemparkan netizen itu adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan laporan Bersih 5 yang disifatkan hambar oleh Buletin Utama TV3 itu.
Malah, ada juga netizen yang menyifatkan pendapatan diterimanya adalah haram. Dalam masa sama, tidak semua netizen bersetuju dengan kritikan berkenaan, tetapi sebaliknya membela Izwan daripada terus dikecam netizen yang menurut mereka, Izwan hanya menjalankan tugas diberi.
Di zaman akhir zaman ini, tidak semua manusia terlepas dari melakukan dosa. Kalau betul sekalipun tohmahan netizen terhadap Izwan Azir, bagaimana pula dengan netizen yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kepadanya?
Ada baiknya berhenti daripada mencari 'dosa' dan aib orang lain. Sebaliknya, perbaikilah diri sendiri. - CARI |