Penyanyi Marc Anthony yang telah bertindak mencium bekas isterinya, Jennifer Lopez pada acara Anugerah Grammy Latin 2016 selepas mengumumkan perpisahannya dengan Shannon De Lima telah mengejutkan para peminat.
Menurut E Online, Marc dan Jennifer bercium sejurus selepas menyanyikan lagi Olvidame y Pega Vuelta dalam acara itu.
Tindakan itu membuatkan penonton terkejut dan menimbulkan spekulasi yang mengatakan mereka sudah kembali bersama.
Sumber Foto: www.eonline.com
Namun menurut Jennifer atau lebih dikenali sebgai Jlo dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan, dia menyangkal perkara tersebut dan menyifatkan ciuman berkenaan tidak mempunyai sebarang maksud.
Marc dan Shannon mengumumkan perpisahan mereka selepas dua tahun berkahwin dan ia merupakan perpisahan kali ketiga untuk bintang Latin itu.
Sebelum ini dia pernah berkahwin dengan Miss Universe 1993, Dayanara Torres sebelum mengahwini Jlo.
Sumber Foto: www.eonline.com
Marc yang telah diberi anugerah pencapaian dalam acara itu mengatakan yang dia berterima kasih kepada anak-anaknya dan menganggap mereka adalah sumber inspirasinya.
"Alex, Arianna, Christina, Ryan, Max dan Emme; Ayah selamanya milik kamu semua," katanya.
Kalau masing-masing masih punya rasa cinta lagi, apa salahnya kembali bersama, kan? -CARI |