Sumber Foto: www.travelalphas.com
Sebut sahaja Phuket pasti sudah terbayang pantainya yang indah, dan pastinya ramai tahu Thailand adalah destinasi popular disebabkan daya tarikan seksnya.
Terdapat banyak pertunjukan erotik seperti Ping-Pong Show yang jelasnya bukanlah merujuk kepada permainan ping pong. Selain itu, ada banyak serangan pengganas dan antara kawasan yang menjadi 'tempat panas' adalah Patong Beach.
Ada juga penipuan semasa menyewa jet ski. Banyak pelancong mengalami pengalaman buruk semasa memulangkan jet ski yang disewa kerana didapati rosak dan terpaksa membayar ganti rugi.
Biasanya, kunjungan bersama rakan-rakan atau pasangan berbulan madu memang tidak menjadi masalah. Namun seringkali memikirkan untuk membawa anak-anak yang masih kecil, sesuai ke tidak bawa ke sini? Jadi nak "berPHUKET" atau tidak "berPHUKET"?
Sumber Foto: www.travelalphas.com
Nah, tips PALING TOP bagi mereka yang mahu membawa keluarga dan anak-anak kecil ke PHUKET:
1. Kalau mahu menyewa motosikal, pastikan anda menyewa atau membelikan topi keledar untuk anak-anak kerana risiko untuk terlibat dengan kemalangan jalan raya adalah tinggi.
2. Elakkan dari membuat 'fish spa' kerana dikhuatiri terkena jangkitan kuman yang tersebar dari luka.
3. Jauhkan diri dari Bangla Road untuk memastikan keselamatan diri dan anak-anak terutamanya pada waktu malam.
4. Cari tempat penginapan di sekitar Pantai Karon atau Mai Khao kerana tempatnya sesuai untuk remaja dan kanak-kanak kecil. Tempat yang dicadangkan ialah Gentara Grand dan Holiday Inn.
5. Periksa ketinggian balkoni hotel anda sebelum menempahnya bagi tujuan keselamatan untuk anak-anak kecil.
6. Periksa keadaan jet ski atau motosikal sebelum menyewanya dan tengok di bahagian bawah jika terdapat apa-apa kerosakan.
7. Beritahu anak-anak untuk sentiasa berjaga-jaga dan jaga dengan elok beg masing-masing kerana penyeluk saku dan ragut adalah biasa di sini.
Sumber Foto: www.travelalphas.com
Dah tahu benda-benda yang perlu diberi lebih perhatian semasa melancong ke Thailand. Jadi jangan teragak-agak lagi nak bawa keluarga ke Phuket, okay? Jom! -CARI |