Aduhai, malang memang tidak berbau. Tanpa diduga Khamis lalu, polis melaporkan aktres Bollywood terkenal, Mallika Sherawat, 40, ditumbuk pada muka dan disembur pemedih mata oleh tiga penyerang bertopeng di sebuah kawasan komersial Paris.
Sumber foto: IG Mallika Sherawat
Menurut Mail Online, insiden serangan ke atas aktres itu berlaku selang beberapa minggu selepas bintang realiti TV Amerika Syarikat, Kim Kardashian diserang lelaki bersenjata memakai topeng.
Kejadian berlaku Jumaat lalu pada 11 November, ketika Malika dan kekasihnya yang juga ahli perniagaan Perancis, Cyrille Auxenfans, 45, tiba di penginapan mereka di sebuah kawasan mewah di ibu kota Perancis.
Sumber foto: Mail Online
Pihak penyiasat bagaimanapun bingung kerana penyerang meninggalkan lokasi tanpa mengambil apa-apa.
Pasangan itu dilaporkan mengalami cedera ringan, sementara pihak polis masih lagi menyiasat motif serangan ke atas mereka.
Insiden ini sudah pasti menimbulkan pelbagai andaian dan spekulasi dalam kalangan peminat aktres jelita itu. - CARI |