Ekoran isu 'ciplak' karya Ayai baru-baru ini dan tidak terbabit dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 pada Jumaat lalu, lagu 'Hidup Dalam Mati' nyanyian Syamel turut digugurkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 22.
Sumber foto: IG Syamel
Keputusan itu dibuat selepas pihak AIM22 menerima surat daripada DD Music selaku penerbit lagu itu yang enggan mempertandingkan karya berkenaan.
"Saya ingin memaklumkan bahawa pencalonan lagu Hidup Dalam Mati dalam kategori Lagu Pop Terbaik AIM22 telah ditarik balik oleh pihak pengurusan Syamel atas isu yang sama.
"Surat penarikan lagu tersebut dihantar hari ini (Selasa) oleh pihak pengurusan penyanyi tersebut," kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM22, Rosmin Hashim kepada mStar Online.
Sumber foto: mStar Online
Rosmin bagaimanapun menyatakan, perkara itu tidak menjejaskan penglibatan Syamel dalam kategori lain iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) dan Artis Baru Terbaik.
Sebelum itu, isu Syamel didakwa menciplak lagu Hidup Dalam Mati menjadi kontroversi selepas pemilik asalnya Ayai (Ilusi) mendedahkan karya tersebut miliknya yang dihasilkan khas untuk finalis Kilauan Emas 3 iaitu Idris, yang diberi judul Ku Kejar Bayang Mu.
Itulah, buat sesuatu tanpa berfikir dahulu sebab dan akibatnya. Kan sudah menyusahkan diri sendiri dan orang lain. - CARI |