View: 1922|Reply: 8
|
Empat Beradik Dituduh Eksploitasi Seksual Tiga Remaja Wanita!
[Copy link]
|
|
Atas dua tuduhan memperdagangkan untuk eksploitasi seksual dan menjalankan aktiviti persundalan terhadap tiga remaja wanita di sebuah pusat peranginan Ogos lalu, empat beradik yang juga anak kepada pegawai kanan polis didakwa di Mahkamah Sesyen kelmarin.
Mohd Syibri Mazlan, 29; Muhamad Suhail, 26; Muhamad Syahiran, 25; dan Muhamad Syahfiz, 24; bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama didapati memperdagangkan tiga remaja wanita berusia 18, 19 dan 20 tahun bagi maksud eksploitasi seks di D'Village Resort Melaka, Ayer Keroh, jam 10.45 malam, pada 26 Ogos lalu.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta menetapkan 8 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.- CARI
sumber foto: http://assets.bharian.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
empat jongos anak dato' mazlan ni bukan dah ade tred ke semalam? |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada thread dh pasal 4 org ni |
|
|
|
|
|
|
|
bro...bahasa ko melambangkan keperibadian ko
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah.. macam le tak boleh cakap elok-elok. @kornea ni dengar kata pembela melayu. Tapi perangai langsung tak mencerminkan sifat-sifat Melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaf, cik puan ts loo, thread berkenaan 4 jantan jijik dah ada. Sila delete thread ni, sebelum akak report polis. Akak bagi masa 5 jam 42 minit 37 saat jah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|