CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21725|Reply: 210

Ameng mohon di singkirkan...

[Copy link]
Post time 14-11-2016 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spring, Ameng, menegaskan aksi beliau dikurung dalam penjara ketika mempersembahkan lagu Tiara pada konsert Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3), malam tadi, bukan punca dirinya lupa lirik. Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, berkata beliau juga tidak menganggapnya sebagai badi berikutan beliau baru saja dibebaskan dari Penjara Kluang 14 Jun lalu. "Eh, bukan! Saya lupa lirik bukan sebab badi berada dalam penjara buatan itu. Ia adalah kesilapan yang datang daripada diri saya sendiri. Dari dulu lagi saya mempunyai masalah lupa lirik setiap kali menyanyi lagu orang lain. "Ia berpunca daripada sikap saya yang tidak serius saat membawakan lagu itu. Cuma saya hairan, saya masih diberi rezeki untuk bertahan ke minggu hadapan dan tidak tersingkir," katanya kepada BH Online. Pada konsert yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, ramai yang menjangkakan Ameng akan disingkirkan berikutan kegagalannya memberikan persembahan terbaik, sebaliknya seorang lagi peserta, Shidi (Data), yang menerima markah terendah sekali gus menjadi artis keempat terkeluar daripada program itu. Dalam pada itu, tambah Ameng, beliau juga tidak malu dengan persembahan berkenaan kerana konsep meletakkan penjara buatan adalah ideanya sendiri yang ingin menyedarkan masyarakat umum. "Walaupun mengaibkan, saya mahu memberikan kesedaran dan teladan buat penonton. Tanpa sedar, setiap kesilapan yang kita lakukan boleh membawa diri kita ke penjara," katanya. Sementara itu, Ameng berkata, beliau dapat menjangkakan kesilapan bakal berlaku lagi pada persembahan akan datang memandangkan dirinya sudah tidak mampu untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap program terbabit. "Sebenarnya saya sudah tidak sabar untuk disingkirkan. Baru lega (apabila disingkirkan nanti) kerana saya dapat menjalankan kerja biasa, seperti sebelum menyertai GV3. "Saya dapat rasakan saya tidak mampu melakukan kerja ini (GV3). Apatah lagi umur saya pun sudah meningkat, mungkin saya tidak boleh lagi melakukan kerja yang berat-berat," tuturnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 04:45 PM | Show all posts
sebab tu kot kerajaan kelate x bagi dia perfome hari tu sebab slalu lupa lirik..papepon aku sokong ameng
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 04:57 PM | Show all posts
kekalkan AMENG KE FINAL!!!!!
singkirkan SUNDAL NORA!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:01 PM | Show all posts
x adil la.. dh dua kali lupe lirik .. boleh lak di maafkn . sile singkirkn zur eda n acik nora sekali
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:05 PM | Show all posts
lupa lirik kalu markah tu only 20% je nak deduct,tp vokal almost 100%...so no big deal..penyanyi hollywoood pun lupa lirik...yg penting vokal mantap...

SINGKIRKAN SUNDAL NORA!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2016 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols dah ulahar (ulas + lahar) psl ameng ni kt thread GV. Puas hati meols

Juri mana yg bangang sgt gi bg markah tinggi kat ameng. Kekalkan si loser manakala si fighter dibuang :
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:06 PM | Show all posts
hahaha..kerja berat sungguh tu ameng oiii...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia macam tak kuasa dah ker nak bertanding.

Malas nak serabut tertekan tetiap minggu kot.
Agaknya dia bknlah nk masuk sgt gv3 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la dia mengaku kelemahan diri dan tak menyalahkan benda lain
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:11 PM | Show all posts
Rasanya dia penat kot dok ulang-alik melaka-kl-melaka. Tambah stamina pun makin kurang sbb dah berumur. Mula2 dpt masuk tu mmg excited tp lama2 dia dah rasa letih. Tp suara heshe tetap sedap...terkeluar pun xpe ameng. Buat je album baru yg berunsur ketuhanan sempena penghijrahan heols,
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:13 PM | Show all posts
kakasotong2 replied at 14-11-2016 05:05 PM
Meols dah ulahar (ulas + lahar) psl ameng ni kt thread GV. Puas hati meols

Juri mana yg ban ...

tp yg last week heols nyanyi ngn nana iols suka jugak

ibu tu ha sume dia suka sume dia nak kem salam


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:13 PM | Show all posts
kakasotong2 replied at 14-11-2016 05:05 PM
Meols dah ulahar (ulas + lahar) psl ameng ni kt thread GV. Puas hati meols

Juri mana yg ban ...

aku rasa tok jenal..sebab nampak beria2 dia memuji ameng..sampai cara ameng berdiri pon gigih nak ditirunya..

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:14 PM | Show all posts
ala nampak dia tak nak dah bertanding.. dah penat kot.. jadi tunaikanlah permintaan dia nk tersingkir..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:16 PM | Show all posts
Teruk sgtlah, rasanya org yg bukan penyanyipun lebih ingat lirik lagu-lagu popular ni, GV kali ni ramai artis lupa lirik, Rem tu pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni harap astro xpayah la jemput2 lg penyanyi lama dlm gua dtg audition. Sbb sebahagiannya nmpk sgt xikhlas n xnak pn masuk GV ni sbnrnya. Nmpk mcm diorg ni spt dipaksa2 plak utk sertai GV.

Memandangkan nama GV ni dah gah, harap astro tunggu jela dpn meja audition tu retis2 yg dtg audition, xyah dipanggil lg. Tu bru nmpk bebetol nak menyinar balik dlm industri nak cari makan.

Ameng ni contoh retis yg x ikhlas pn sertai GV. Dlm hal ni meols kesian dgn Mya Matahari yg nak sgt masuk tp x terpilih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 05:18 PM | Show all posts
Minggu ini drama Ameng pula ye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 14-11-2016 05:13 PM
tp yg last week heols nyanyi ngn nana iols suka jugak

ibu tu ha sume dia suka sume dia nak kem  ...

Haah ameng ni ade persembahan dia yg memorable. Sama mcm uols, iols pn suka persembahan heols ngan nana lagu nilai cinta tu n lelaki spt aku (walau lupa lirik gak last2 tu).

Syg la heols jd loser mcm ni. Bkn nya xsedap heols nyanyi, sedap kot. Jenis xtahan tekanan kot. Meols speku dia ambik barang dlu mesti sbb xtahan tekanan  

Meols bkn apa, bila dia kluar stetmen mcm tu, jd kesian simpati plak pd org dah tersingkir n org yg xdpt masuk GV kali ni mcm mya matahari.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut dia yang keluar pun kalau dah lupa lirik banyak kali. Payah la jenis orang cepat penat macam ameng ni. Kalau rasa tak boleh nak commit tak payah la masuk awak awal. Kesian kat orang yang beriya iya nak masuk tapi tak dapat. Lepas tu buat statement macam ni and memang jenis mintak juri keluarkan dia

Padan la iols rasa GV kali ni kurang menyengat. Tak macam yang lepas lepas
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptot laa smlm mase dh hbis masam mencuka je dia kt hujung sengsorg..rasa x sedap hati kot shidi lak yg terkuar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.611189 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list