Sumber Foto: Harian Metro
Seorang lelaki di Tanjung Lumpur, Kuantan ditahan selepas didapati bersalah mempergunakan 4 remaja untuk mengutip derma di sini.
Serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis pada jam 11 malam itu berjaya menangkap suspek berusia 22 tahun yang sedang berada di dalam sebuah kereta Naza Citra.
Dia dipercayai sedang menunggu kumpulan remaja lelaki untuk membawa wang hasil kutipan derma dari orang ramai sebelum kesemuanya ditahan sekali.
Menurut laporan Harian Metro, suspek mengeksploitasi remaja berkenaan untuk menjual ubat sambil mengutip derma di stesen minyak dan restoran di sekitar bandar tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, terdahulu, serbuan diketuai Asisten Superintendan Mohd Nayan Mokhtar dari Unit Risikan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang menahan seorang remaja berusia 17 tahun sedang mengutip derma di sebuah restoran di Jalan Tun Ismail, di sini.
“Hasil pemeriksaan ke atas remaja itu menemui telefon bimbit jenama Nokia, wang tunai RM145, sekeping kad nama tertera Pertubuhan Pendidikan dan Latihan Amal Bistari bersama 11 botol ubat tertera perkataan gel herba serta sekeping surat daripada pertubuhan sama."
Polis merampas wang tunai sebanyak RM964 bersama buku, 5 telefon bimbit serta 11 botol ubat herba dan tujung gulung kalendar. -CARI |