Filem terbaru Spider-Man, iaitu Spider-Man: Homecoming menjadi salah satu filem Marvel yang paling ditunggu-tunggu.
Nama Tom Holland disebut-sebut sebagai watak utama yang akan memainkan watak Spider-Man dan Peter Parker.
Sumber foto: IG Tom Holland
Malah, pelakon terkenal Michael Keaton juga diangkat untuk memainkan peranan antagonis, Vulture.
Melalui portal Toronto Sun, Presiden Marvel Studio, Kevin Feige turut 'membocorkan' maklumat mengenai watak antagonis dalam dua lagi filem Marvel akan datang.
"Kami sudah memiliki senarai pelakon yang akan memainkan watak penjahat dalam filem adiwira akan datang. Antaranya adalah Cate Blanchett sebagai Hela dalam filem Thor: Ragnarok, dan Michael Keaton sebagai Vulture, musuh kepada Spider-Man dalam Spider-Man: Homecoming," katanya
Sumber foto: Carian Internet
Selain itu, dia turut mengumumkan nama pelakon, Josh Brolin yang akan memainkan watak Thanos dalam filem Avengers: Infinity War.
Sebelum itu, Tom Holland pertama kali muncul sebagai Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War.
Dalam pada itu, pelakon, Robert Downey, Jr. turut tampil dalam filem terbaru Spider-Man itu sebagai Tony Stark atau Iron Man.
Filem terbaru arahan Jon Watts itu akan menemui penonton pada 7 Julai 2017.
Kepada peminat filem Marvel terutama Spider-Man, pasti anda semua tidak sabar menanti kemunculannya di pawagam. Sama-sama kita nantikan! - CARI |