CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8410|Reply: 72

"Dah Tahu Suami Gaji RM 800- RM 1000, Janganlah Beranak Banyak"

[Copy link]
Post time 10-11-2016 12:06 PM | Show all posts |Read mode



Sumber Foto: FB Syazwani Sharan




Status yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama sebagai Syazwani Sharan telah mencetuskan pelabagai reaksi netizen.


Kebanyakannya titdak bersetuju dengan pandangan terbuka yang ditulis wanita ini dan ada yang menganggap tidak masuk akal.


Menurut netizen, ayat paling 'tajam' ialah "Dah tahu suami gaji RM 800- RM 1000, janganlah beranak banyak."


Syazwani yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia ini turut menyenaraikan kesan-kesan kualiti hidup negatif disebabkan anak ramai.


Kesan-kesan kualiti hidup negatif:
1.Makin banyak kes kecurian/rompak sebab nak cari duit untuk tampung kos hidup yg sempit.(contoh:curi susu tin)
2.Anak membesar dalam keadaan yang tak sihat sebab kurang nutrisi akibat tak mengikuti piramid makanan.
3.Makin banyak kes sosial sbb tak sempat nak didik anak yang terlalu ramai.


Disebabkan masalah beranak ramai ini, Syazwani turut mencadangkan beberapa cara untuk mengatasinya.


"Kawal nafsu atau mkn ubat perancang" adalaah salah satu yang disyorkan wanita ini.


Selain itu dia juga turut mencadangkan beberapa kaedah perancangan keluarga termasuk penggunaan kondom dan dan pil perancang.


"Sebab tu la diorang makan nasi dan budu je tanpa lauk sebab baki baru RM200 untuk makan..amat membebankan untuk orang bergaji RM1k berkongsi makan utk 7 orang..."


Pendapat peribadi yang pada mulanya dikongsi kepada orang ramai dengan tujuan memberi maklumat dan pandangan ini akhirnya menjadi viral disebabkan netizen yang tidak berpuas hati kerana ia melibatkan rezeki pemberian dari Tuhan.









Namun, ada juga yang menyuarakan pandangan yang sama dan menyokong status tersebut.











Apa-apa pun, siapa kita yang mahu menghalang dan menghakimi keluarga yang beranak ramai.

Pokoknya apa yang penting ukurlah baju di badan sendiri dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing, okay? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2016 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong je minah ni.. kemiskinan itu membawa kekufuran...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni akaun dia betul ke fake? Klu akaun betul , kepala bana dia la
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:27 PM | Show all posts
nik rieyna eyna - > knp kita tak perlu aturkn hidup kita? tuhan bg otak utk fikir, mana ko dpt ajaran sesat ni
...ko nak bandingkan zaman bapak ko besarkn ko adik beradik yg cm ketapi tu dgn zaman skrg yg serba mahal?

setiap anak yg kita lahirkan rezeki kita bertambah -> ye ke? abis knp ada yg anak ramai tu makin bertambah susah sampai anak2 yg kecik kena ambik tanggunjawab mak pak dia?


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku setuju dengan statement dia. Betul apa..besarkan anak dgn kemampuan poket..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:29 PM | Show all posts
Da beranak lepas tu kata Rezeki..
rezeki wak luuuuu...
Ummah Melayu jer sedap baling ayat nie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sokong dlm beberapa fact yg dia hujah n x sokong other fact yg dia hujah. kena baiki
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by siputsedut at 10-11-2016 12:41 PM

Huhu aku setuju je minah ni... cuma cara dia cakap kasar sket la.. dh tau malaysian ni sensitif bab2 so called rezeki tuhan ni... ramai je akak2 kt kg xnak pakai kondom yg klinik kesihatan bagi atas alasan xnak sekat rezki tuhan... pdhl laki dia xnak pakai sbb x sedap kot... tu yg anak bersusun paku merata je mak pak x sempat nk ambik tau...

Kecuali yg satu fmly satu anak..kalau mak pak mampu ..boleh je ada dua tiga atau brp pon anak dia nak...kalau satu fmly satu anak ssh gk..in the future boleh jd nisbah warga tua over warga muda yg x seimbang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mokcikKSKB at 11-11-2016 05:53 AM

Betullah ape dia ckp.ini tidak..sudah lah semekin pastu tiap taun branak nurse soh ikat xmo konon...suami nk anak laki..isteri nak jugak anak pompuan..penyudahnya anak2 lain x cukup mkn
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada betulnya post bdk ni... dulu2 lain zamannya... takde gst, harga brg naik, gaji kecik tp anak bersepah sampai tak terjaga... mak pak jgn jd bodoh sombong sgt.. tau nak sedap jer tp kebajikan anak2 nnt ke laut... kalo rasa tak mampu nk beranak ramai, pandai2 laa rancang.. gaji bwh 5K skrg idealnya anak 3 jer max... inikan gaji 800-1K? Mmg layak bela diri sendirik je
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihana kat anak sikit
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:40 PM | Show all posts
aku sokong minah ni sebab:

1) kekangan hidup masa kini.
2) Kualiti dan bukan kuantiti
3) Logik

Tak sokong sebab:

1) terlalu tajam menyebabkan mergastua2 jumud marah dan mengaitkan dgn rezeki Allah. Ish...Allah lagi marah kalau korang tak reti jaga anak kecualilah anak tangga.
2) terlalu letakkan realiti dalam hujah. Sepatutnya letak la sikit harapan, fantasi, barulah tak kena hentam.

Pakcik pendek kata realiti ni susah nak hadam, puak acah2 best dan knowledgable jugak yang betul. Wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg hakak setuju,ada yg hakak bangkang statement dia ni.mmg kita kna rancang anak kalau yg keturunan super ramai ni.nak anak ramai boleh,tp sila lebih berusaha utk baiki kehidupan spya lebih baik.pastikan ada ilmu nak jga anak ramai ni.org kata,anak ni pmbawa rezeki,tp kalau bapak duk melangut je,mak duk mngeluh je,mna nya rezeki nak dtg.
Usaha la..org dulu2 rajin,nak mngeluh xsempat sbb mcm2 keje diorg buat.mkn pun ala kadar,apa yg xperlu diorg xbeli.solat pun jaga elok2,lebih berkat gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 10-11-2016 04:31 AM
Huhu aku setuju je minah ni... cuma cara dia cakap kasar sket la.. dh tau malaysian ni sensitif bab2 ...

Ada sorg hakak cakap,sape mkn pil perancang,nnt pil tu tersangkut kat tulang belakang,cepat mati wooo..
Adoii..sape punya propaganda ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong 200% minah ni.. biar kuantiti anak sikit..asalkan berkualiti.. semua anak ckup kasih sayang, ckup perhatian, ckup mkn.. mak pak yg anak rmai tp anak2 tak terjaga bg aku pentingkan diri je..pentingkan kangkang & pancut je.. yg ramai anak tp terjaga tu bgus la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:53 PM | Show all posts
ada yg kita sokong...ada yang tak sokong

yg pasti...xleh nok kompare ngn jaman dulu kaler..

dulu...air sirap...10sen

skang...air suam pn 30sen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2016 01:11 PM | Show all posts
irwansuhadi replied at 10-11-2016 12:40 PM
aku sokong minah ni sebab:

1) kekangan hidup masa kini.


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 01:27 PM | Show all posts
mzz sokong statement cikki ni

ni sibuk nak beranak ramai hujung2 anak tak pi sekolah sebab tak mampu
anak pula terpaksa bekerja cari rezeki

tapi yang statement 1 family 1 anak tu tak setuju sangat...bergantung pada kemampuan family tu secara ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
#teamadik
Pahitnya kebenaran itu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong je. Berapa banyak kita dengar anak anak sekarang ni tak sekolah sebab mak ayah tak mampu. Ada seusia tadika disuruh meniaga.

Zaman dulu walau ada bantu mak pak tu selingam waktu bukan sekolah. Sekolah dihantar walau susah mana ibu bapa tu.

Zaman sekarang anak anak dijadikan taruhan or face of the family utk tagih simpati.
Balik balik alasan itu rezeki. Aku pedulik lah mak pak tu nak tertonggeng ke nak tertumuih ka pedulik aku. Tapi anak anak2 kecil tu ko heret sekali. Selfish idiots
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.099161 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list