CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 944|Reply: 0

Jangan Panik, Masih Terlalu Awal Buat Andaian Ke Atas Kemenangan Trump- Tok Pa

[Copy link]
Post time 10-11-2016 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Tidak seharusnya menimbulkan situasi panik di kalangan rakyat negara ini berhubung kemenangan calon Parti Republikan, Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang terbaharu.


Memetik laporan Bernama, demikian pendapat yang diberikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen kelmarin.


Bagi beliau, ianya masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian terhadap dasar yang akan dijalankan oleh Trump selepas dipilih sebagai Presiden AS yang ke-45.


Namun demikian, beliau yakin perubahan dasar tetap akan berlaku tetapi tidak terlalu radikal seperti yang sering dilihat dalam kempen pilihan raya yang dilakukan Trump sebelum ini.


“Pada saya kita tidak boleh terburu-buru dan perlu bertenang kerana tidak semestinya 100 peratus kenyataan yang dikeluarkan Trump sebelum ini akan diterjemahkan kepada dasar dan mungkin ia satu strategi bagi memancing undi."


“Bagaimanapun, pasukan saya telah mula mengumpul maklumat dan reaksi dari seluruh dunia sebelum dapat membuat analisis dalam perkara ini.”


Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan memberitahu, kemenangan Trump itu juga sewajarnya memberikan pengajaran kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.- CARI


Jangan Panik, Masih Terlalu Awal Buat Andaian Ke Atas Kemenangan Trump- Tok Pa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.360444 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list