CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2984|Reply: 12

Siling Klinik Kesihatan Taiping runtuh

 Close [Copy link]
Post time 9-11-2016 03:47 PM | Show all posts |Read mode
TAIPING: Klinik Kesihatan Taiping (KK Taiping) di Jalan Tupai terpaksa ditutup petang ini selepas beberapa bahagian siling di aras satu runtuh akibat hujan lebat.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan air hujan mengalir keluar daripada siling dan sebahagian besar siling aras utama runtuh.

Menurut catatan di media sosial, hujan lebat turun hampir 2 jam apabila tanda-tanda kebocoran siling dikesan.

KK Taiping itu yang terbesar daripada 5 klinik kerajaan di bandar Taiping, Perak. Dibuka pada 2007, perkhidmatan pesakit luar Hospital Taiping dipindahkan ke klinik itu bagi memenuhi pertambahan pesakit luar.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan, kira-kira 1,000 pesakit mengunjungi KK Taiping setiap hari seraya menjadikan KK Taiping antara klinik kerajaan paling sibuk di negara ini.

Pesakit di klinik itu dilencongkan ke Hospital Taiping dan klinik kerajaan lain, termasuk di Pokok Assam, Simpang dan Kamunting.

Kakitangan perubatan di KK Taiping juga ditugaskan di klinik lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa projek gomen berkaitan kesihatan khususnya byk kes siling runtuj yer
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 03:57 PM | Show all posts
klinik ni besar mcm hocpital..

cantik
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 03:59 PM | Show all posts
ni mesti material murah tak pon contactor tak terlatih
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sampai 10 tahun dah bermasalah. Bangunan2 lama kat tempat aku ni sebaya nenek2 pun jarang meragam. Kalau meragam pun patut la. Nama pun sebaya nenek2
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 06:33 PM | Show all posts
ke arah negara utopia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2016 06:38 PM | Show all posts

Hujan Lebat 2 Jam, Siling Klinik Kerajaan Runtuh

Akibat hujan lebat, beberapa bahagian siling di aras satu Klinik Kesihatan Taiping (KK Taiping) di Jalan Tupai runtuh, menyebabkan klinik itu ditutup.


Daripada video yang tersebar luas di media sosial, dapat dilihat air hujan mengalir keluar daripada siling sehingga sebahagian besar siling aras utama runtuh.


Menurut catatan di media sosial seperti FMT, hujan lebat berlaku selama dua jam sebelum tanda-tanda kebocoran pada siling dikesan dan mambanjiri sebahagian besar lantai klinik itu.


Pesakit dan kakitangan perubatan yang berada di klinik itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Taiping dan klinik kerajaan lain, termasuk di kawasan Pokok Assam, Simpang dan Kamunting.





Sumber video: Youtube



Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan selain kerosakan harta benda. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread sudah ada kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kontraktor bumiputra yg buat tu..nak cut cost sbb terpaksa huluq sana sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 07:23 PM | Show all posts
editor cari nak mam memang suka buat keje bodoh..

thread dah dibuka awal lagi

http://mforum.cari.com.my/forum. ... 643&fromuid=2230163
@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 07:28 PM | Show all posts
..ni lah satu sebab rakyat Msia marah dgn GST, doesn't make any sense kan kerana ujan siling boleh runtuh, ujan air aje beb, bukan salji pun yang turun...
sebab duit cukai dibuat ntah apa2, tipu lah, rasuah lah, komisen lah, kroni lah .
..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 09:03 PM | Show all posts
oooohhh malaysia ku
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 09:20 PM | Show all posts
mikasa replied at 9-11-2016 03:48 PM
kenapa projek gomen berkaitan kesihatan khususnya byk kes siling runtuj yer

itula, ntah2 projek lain tak gune siling lagi kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.864712 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list