CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2195|Reply: 5

Kamalanathan Nafi Desas-desus Kebocoran Kertas Soalan Sejarah 2 SPM

[Copy link]
Post time 9-11-2016 06:02 PM | Show all posts |Read mode
Khabar angin berlaku kebocoran kertas soalan Sejarah 2 bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 yang berlangsung pada Rabu dinafikan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.


"Dakwaan itu tidak benar," nafi Datuk P. Kamalanathan kepada mStar Online.





Sumber foto: Twitter Faiz Daong




Dalam masa sama, dia turut menasihati rakyat supaya tidak mudah percaya dengan sebarang penyebaran mesej palsu.


Sebelum itu, seorang netizen, Faiz Daong, menyebarkan satu mesej melalui akaun Twitter menyatakan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM perlu mengambil semula subjek Sejarah 2 kerana berlaku kebocoran pada soalan tersebut.


"Soalan #sejarahspm bocor? Habisla budak-budak SPM kena repeat semula paper," katanya.


Malah, dia turut mendakwa bahawa kebocoran soalan membabitkan mata pelajaran itu akan disiasat.


"Mungkin ada pihak yang akan buat laporan polis. Setiap tahun ada saja pihak tidak bertanggungjawab buat onar," katanya.


Bagaimanapun, Faiz Daong menafikan bertanggungjawab memviralkan isu kebocoran kertas soalan Sejarah 2. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipu ke...
Abg kkk dah bising2
Bdk kne repeat ppr sejarah tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala sejarah jewww, pejam Mata pun dpt A gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak murid aku dh mental td bila dgr berita ni.dh la dorang kata soalan susah..sib baik tipu je..x baik la dorang ni..jd psiko bdk2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sejarah nak dpt A ko kena hafal. x payah faham tak pe tapi hafal. make sure jgn makan semut sebulan sebelum nak exam
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 12:04 PM | Show all posts
MamaMima711 replied at 9-11-2016 08:28 PM
Anak murid aku dh mental td bila dgr berita ni.dh la dorang kata soalan susah..sib baik tipu je..x b ...

Anak akupun ckp soalan susah tapi aku tak bgtahu viral pasal soalan bocor tu. Taknak buat dia stress. Bnyak lagi paper nak hadap. Mudah2an dipermudahkan bg nya..aamiin
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.233850 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list