CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2999|Reply: 8

Malunya Kasut Berbau Busuk Bak Longkang , Cuba Tips Ini

[Copy link]
Post time 3-11-2016 06:20 PM | Show all posts |Read mode


Sumber Foto: nuestepprocedure.com




Selain kaki, kasut juga selalu membuatkan kita pening dengan bau yang tidak menyenangkan.


Biasanya kasut berbau berpunca dari tabiat sesetengah orang yang malas untuk membasuhnya untuk tempoh yang lama, terkena air dan tidak kering, sampailah kepada masalah peluh yang dikeluarkan kaki.




Sumber Foto: hitportal.com.




Namun kadang-kadang walaupun sudah dicuci dan dijemur, baunya tetap tidak mahu hilang.


Nah, rahsia untuk menghilangkan bau yang yang menggelikan itu dengan sekelip mata sahaja. Cara-caranya:
1. Ambil 2-3 kantung teh yang sudah digunakan.
2. Letakkan uncang tersebut ke dalam kasut yang berbau.
3. Biarkan satu malam di tempat yang kering.
4. Nantikan hasilnya pada keesokan harinya.



Sumber Foto: www.mingguanwanita.my



Kantung teh dapat menghilangkan bakteria penyebab bau busuk dan cara ini tersangatlah mudah dan memerlukan tenaga dan usaha yang minimum.


Jadi selepas ini sebaik sahaja bancuh air teh, bolehlah gunakan uncang tersebut dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja praktikal malah menjimatkan, bukan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2016 06:27 PM | Show all posts
ye err? bagus betullah. sis syak penyembur kasut yg bagi wangi kat pasaran tu dalam dia ade teh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 06:42 PM | Show all posts
ok, balik trus celup 3-4 uncang!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 10:08 PM | Show all posts
Selain amalkan tips ni kebersihan kaki pun nak kena selalu dijaga ni kuku changu dengan kasut tak pernah dijemur mana tak kepam
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 11:41 PM | Show all posts
jadik eh tips ni? nanti nak tryyyy
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 12:44 PM | Show all posts
euwwwwwwww mmg turn off kalau dating ngan org kaki busukkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2016 04:47 PM | Show all posts
boleh cuba nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
so kesimpulannya,daun teh terpakai bleh diguna utk hilangkan bau kasut..x semestinya teh dlm uncang shj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2016 12:09 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 3-11-2016 10:08 PM
Selain amalkan tips ni kebersihan kaki pun nak kena selalu dijaga ni kuku changu dengan kasut tak pe ...

kasut kepam peluh tu yang tak tahan bau cagu naik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.048272 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list