View: 1679|Reply: 6
|
13 Orang Terbunuh Dalam Kebakaran Pusat Karaoke Di Hanoi
[Copy link]
|
|
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan dua anggota polis cedera dalam kebakaran di sebuah pusat karaoke di ibu negara Vietnam Selasa lalu.
Menurut laporan Utusan Malaysia, kebakaran itu berlaku di daerah Cau Giay pada waktu tengah hari dan sejumlah motosikal serta kereta yang terletak di luar bangunan terbabit musnah dijilat api.
Difahamkan beratus-ratus anggota bomba dan polis dikerah untuk memadamkan kebakaran itu yang marak dengan pantas ke kawasan penempatan yang terletak berdekatan pusat hiburan tersebut.
Gambar menunjukkan api marak ketika pasukan bomba cuba memanjat premis menggunakan tangga dengan api menyambar kereta dan motosikal yang terletak berhampiran.
Perdana Menteri, Nguyen Xuan Phuc mengarahkan polis agar menjalankan siasatan segera dan mahu sebarang salah laku dihukum setimpal. - CARI
sumber foto: www.straitstimes.com
sumber foto: www.straitstimes.com
|
|
|
|
|
|
|
|
sempat ke selamat kalau dah marak cepat mcm ni..![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kat tajuk pun dah cakap 13 mati lagi mau tanya ka.... ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat indon pon selalu kes pusat karok terbakar.. Ni masalah pendawaian la ni.. Kena plak ada tempat memasak tong gas bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
mati dalam imammm katanya...
takziah kepada keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
maksud ai.. yg lain2 tu yg tgh panik. mmg la baca jumlah yg mati tu 13.
mak jemah kalau bgosip mmg gtu, dh tau mati 13 tp ujung2 tanya "sempat ke selamat?" ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|