CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1903|Reply: 0

Lee Jong Suk Akan Bertemu Peminat Di Singapura

[Copy link]
Post time 2-11-2016 05:47 PM | Show all posts |Read mode


Sepertimana yang anda ketahui bahawa pelakon kegilaan ramai seluruh dunia, Lee Jong Suk bakal mengadakan ‘fanmeeting’ bertemu peminat beliau di Singapura pada 12 November 2016 bertempat di MegaBox Convention Cente @ BigBox.


Fanmeet di Singapura dijangkakan akan menjadi tumpuan para peminat apabila Fanmeet beliau yang sepatutnya diadakan di Bangkok pada 28 October 2016 telah dibatalkan demi menghormati rakyat yang berkabung berikutan kemangkatan Raja Thailand.


Lee Jong Suk yang terkenal dengan lakonannya sebagai “Kang Chul’ didalam drama MBC bertajuk “W’ baru-baru ini telah melancarkan sesi jelajah Asianya yang hanya melibatkan  Korea, Japan, Taiwan, Thailand dan Singapura sahaja. Adalah sangat menyedihkan bagi peminat Lee Jong Suk di Malaysia kerana Malaysia tidak termasuk dalam sesi jelajah Asia beliau pada kali ini. Oleh itu sekiranya anda teringin untuk bertemu dengan Lee Jong Suk secara ‘live’ masih tidak terlambat lagi, bolehlah berkunjung ke negara jiran kita yang terdekat ini iaitu Singapore.

Berikut adalah butiran tiket untuk sesi ‘Fanmeet’ tersebut :

Butiran Pelancaran untuk Cat 1 VIP Ticket:
Tarikh:   Sabtu, 22 October 2016 *
Masa:   10AM to 2PM
Tempat:  BIG BOX (Level 1 Kaunter Pertanyaan). 1 Venture Avenue. S608521.

Bilangan Tiket untuk “per Pax”: Setiap seorang cuma dibenarkan untuk membeli 4 tiket maximum semasa pelancaran tiket yang diadakan di BIG BOX.

Keistimewaan Pemegang Tiket Cat 1: KESEMUA PEMEGANG TIKET CAT 1 berhak untuk menyertai “Lucky Draw” untuk peluang memenangi “10 Group Photo-Op” [20 peminat bergambar bersama Lee Jong Suk untuk setiap satu kumpulan] ; “Autograph Posters” & “100 Sound Check Party pass”.

Untuk perhatian semua, tiket dijual adalah “first come first basis” selagi tiket masih ada. Anda juga boleh membeli tiket CAT 1 VIP ini melalui www.megaboxtickets.com yang dibuka pada 24 October 2016.

Penjualan Tiket untuk CAT 2 & 3 (Online Ticket Sales):
Tarikh Pelancaran : Isnin, 24 October 2016 10 pagi


Tiket boleh dibeli melalui talian www.megaboxtickets.com atau boleh datang terus ke kounter pertanyaan di Tingkat 1 @ Big Box.
Cara pembayaran secara ‘online’ adalah : Credit Card / Debit Card from Mastercard / Visa
Masa: Bermula pada 24 October 10 pagi dan seterusnya .

2016 LEE JONG SUK FANMEETING ‘VARIETY’ IN SINGPORE ON 12 NOVEMBER 2016 ini dianjurkan dan dibawa oleh pengajur konsert terkenal iaitu IME Production (S) Pte LTD. - CARI


Kredit foto - IME Productions (S) Pte Ltd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.599907 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list