|
sumber foto: https://i0.wp.com/
Memetik laporan Kosmo, kelmarin terdapat empat mayat yang ditemui bergelimpangan di kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok yang menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat berhubung identiti mereka itu.
Namun,Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail mengesahkan kesemua mayat itu merupakan mangsa bunuh yang diculik di asrama pekerja di Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjung pada pukul 11 malam, 25 Oktober lalu.
"Mayat keempat-empat mangsa itu dikenal pasti sebagai warga Myanmar. Mereka ialah Maung Maung Soe, 31-an, Thet Naing Soe, 22-an, Thet Naing Win, 30-an, dan Min Zaw Lwn, 20-an."
Difahamkan, semasa kejadian itu, dua penculik memakai topeng menyerbu masuk ke asrama pekerja lalu mengacukan pisau ke arah semua penghuninya yang terdiri daripada lima lelaki Myanmar dan tujuh lelaki Indonesia.
Jelas Datuk Dr Ab Rahman, punca pembunuhan beramai-ramai itu dipercayai berkaitan dengan perbalahan yang berlaku di Myanmar dan berlarutan ke tempat mayat dijumpai. - CARI
sumber foto: Kosmo
sumber foto: Kosmo |
|