Sumber Foto: f9vision.com
Ada juga yang menyembunyikan masalah ini dengan menggunakan teknik solekan seperti 'contouring' bagi mendapatkan wajah yang runcing.
Tak payah susah-susah sebab tips di bawah sangat berguna buat anda yang ada masalah dagu berlapis ini.
1. Gunakan krim mentega koko
Krim ini mudah sahaja didapati di semua farmasi kesihatan. Hanya panaskan dua sudu krim tersebut daalm 'microwave' untuk 30 saat. Urut krim itu di bahagian leher dan rahang wajah dengan teknik urutan menaik.Bukan sahaja mampu membentuk wajah, boleh juga melembapkan kulit muka.
Sumber Foto: w-dog.net
2. Makan gula-gula getah
Kunyah gula-gula getah tanpa gula dan jadikannya sebagai satu senaman otot wajah. Ia mampu mengecilkan wajah anda dan membersihkan gigi dan gusi.Boleh kunyah bila-bila masa semasa melakukan kerja atau menonton televisyen.
3. Teknik putaran leher
Senaman ini sangat mudah dilakukan. Hanya perlu pusingkan kepala nada mengikut arah lawan jam atau sebaliknya dengan posisi badan yang tegak. Lakukan 5 putaran setiap sesi.
4.Senaman dagu
Dongakkan kepala perlahan-lahan dan muncungkan bibir anda selama 5 saat. Ulang gerakan ini hingga 10 kali sehari setiap kali bangun dari tidur.
Sumber Foto: www.independentfemme.com
5.Katakan tidak pada gula
Pengambilan gula berlebihan akan menjadikan wajah anda kelihatan lebar kerana lemak yang terkumpul di bahagian itu.. jadi banyakkan minum air kosong dan elakkan air manis seblum tidur.
Amalkan rutin ini dan selapas ini tiada masalah dagu berlapis lagi! -CARI |