Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melancarkan Pasukan Operasi Khas Nasional, NSOF di Kem Perdana Sungai Besi hari ini.
NSOF adalah satu pasukan bersepadu yang berperanan sebagai satu pasukan tetap untuk bertindak pantas pada sebilang masa bagi menangani ancaman keganasan terhadap kepentingan negara.
Pasukan ini meliputi Angkatan Tentera Malaysia ATM, Polis DiRaja Malaysia PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM.