Sumber Foto: IG Nadzmi Adhwa
Hancur luluh hati pelakon lelaki yang sedang meningkat naik ini apabila hubungan cintanya bersama seorang gadis selama enam tahun tidak kesampaian apabila sudah putus di tengah jalan.
Impian Nadzmi Adhwa, 24 untuk membawa perhubungan itu hingga ke jenjang pelamin terhenti apabila jantung hatinya itu telah menerima risikan daripada lelaki lain.
Mengakui dirinya amat terkejut dan berasa tertekan setelah dimaklumkan tentang perkara tersebut, Nadzmi tidak menyangka bekas teman wanitanya itu menerima lelaki pilihan keluarganya.
"erkenalan selama enam tahun, sejak kami sama-sama belajar pada peringkat diploma, bukannya sekejap. Dalam tempoh itu, banyak perkara yang kami lalui bersama. Tiba-tiba, selama dua minggu dia menjauhkan diri. Dalam tempoh itu juga, tiga kali saya melakukan sembahyang istikharah," luahnya pada Berita Harian.
Meskipun kecewa, aktor tersebut redha dengan ketentuan Illahi. "ada masa sama, saya nekad untuk tidak lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya, saya ambil peluang ini untuk terus bekerja keras dan fokus dalam kerjaya lakonan saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nadzmi akan tampil dalam drama tribute untuk an Sri P Ramlee, Biar Biola Berbicara bagi siaran RTM, Bella Mencari Cinta (TV9) dan Cinta Roller Coaster (TV3). -CARI |