Kalau kita nampak orang berkeliaran tanpa berbaju, pasti sudah dianggap orang itu gila. Malah, kebanyakan negara juga mengenakan denda kepada orang yang bertelanjang di khalayak ramai walaupun masih ada negara yang membenarkan mereka berkeliaran dalam keadaan telanjang bulat.
Paris bagaimanapun, telah bersetuju membuka sebuah kem bagi kaum nudis di sana baru-baru ini. Ini adalah taman telanjang pertama buat mereka yang terletak di sebuah tasik.
Di Perancis, terdapat 100 pantai nudis dan 20, 000 kem untuk kaum nudis, di mana ia menjadi pusat tumpuan kaum nudis terkemuka di dunia.
Sumber foto: http://www.sooperboy.com/
Menurut seorang ahli dewan, David Bellard, pembukaan taman itu akan menarik perhatian kaum nudis terhadap Perancis, serta membenarkan pelancong bertelanjang dan berkumpul di tempat umum.
Sumber foto: AFP
"erancis adalah negara pilihan pertama di dunia untuk kaum naturalis, dan setiap tahun dua juta pelancong dari Jerman, Belanda, Britain dan Belgium datang ke negara ini dengan pantai sebagai destinasi yang membolehkan mereka bertelanjang bulat.
"Jadi kami harus menyediakan ruang terbuka di mana nudisme dibenarkan termasuk di taman dan di tebing sungai," katanya.
Apalah yang seronok sangat dapat pamerkan badan tanpa seurat benang pun. Bukankah sangat memalukan membiarkan diri terdedah untuk tontonan umum. Bukan itu sahaja, kuman pun senang melekat pada tubuh yang terdedah itu. Apa pendapat pembaca? - CARI |