![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/21/191155em2p2w8gpigg0fmf.jpg) Sumber Foto: Mstar Online
Orang ramai yang hadir untuk menyaksikan pusingan kedua Kejohanan Golf CIMB classic Kuala Lumpur gempar dengan kehadiran 'tetamu' yang tidak diundang iaitu seekor ular sawa.
Ular itu muncul di Hole 5, West Course menyebabkan pemain yang sedang beraksi ketika itu terkejut sebelum pihak pengurusan mengambil tindakan segera dengan menghalau ular tersebut.
Dalam perkembangan lain, pusing kedua ini menyaksikan Justin Thomas selaku juara bertahan mendahului kedudukan dengan mencatat enam bawah par 66 bagi merekodkan keseluruhan 14 bawah par 130.
Peserta dari India iaitu Anirban Lahiri melonjak naik menduduki tangga kedua dengan catatan keseluruhan 12 bawah par 132.
Tiga pemain lain, Russell Knox (Scotland), James Hahn (Amerika Syarikat) dan Hideki Matsuyama (Jepun) terikat di kedudukan ketiga dengan catatan 11 bawah par 133. -CARI |