CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7036|Reply: 54

Okey Je Kalau Nak Kenal, Tapi Kena Jumpa Famili Saya Dulu - Elfira Loy

[Copy link]
Post time 21-10-2016 02:28 PM | Show all posts |Read mode








“Saya tak sorokkan apa-apa dan ya saya masih solo, saya okay saja kalau ada sesiapa yang nak berkenalan," pelakon Elfira Loy, 22, akui masih solo.


Elfira menjelaskan bahawa buat masa ini, dia masih belum terfikir untuk menjalin hubungan dengan sesiapapun, malah dia mahu beri lebih tumpuan terhadap kerjayanya.


“Saya rasa tak perlu tergesa-gesa untuk mencari pasangan memandangkan usia saya masih muda.


“Saya akui bila berada dalam industri ramai yang kerap bertanya mengenai status saya, tapi bila saya fikir kembali kebanyakan mereka yang seusia saya ramai yang baru habis belajar," katanya.




Sumber foto: IG Elfira Loy




Menurut pelakon itu lagi, masih terlalu awal untuk dia memikirkan soal perkahwinan. Dia tidak perlu terkejar-kejar kerana dengan umur 22 tahun inilah masanya untuk dia membina kerjaya.


Bagaimanapun Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri tidak menolak sekiranya ada lelaki yang ingin berkenalan dengannya.


“Cuma saya nak beritahu saya lebih sukakan kalau berkenalan dengan cara tradisional di mana mereka perlulah berjumpa dengan keluarga saya.


“Saya rasa cara itu lebih baik dan saya rasa tak ramai lelaki yang berani untuk melakukan perkara itu,” tambahnya lagi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 03:23 PM | Show all posts
Oh baru 22 yo. I thought she's older than that.

Whateva it is, just enjoy your life, girl.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kening tu cantas ckt leh x sin chan??cm bata da aq tgk!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:30 PM | Show all posts
AmandaRollins replied at 21-10-2016 03:55 PM
Kening tu cantas ckt leh x sin chan??cm bata da aq tgk!!

baguslah xcukur kening tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah kening macam tu. Tu kan trademark dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2016 04:57 PM | Show all posts
Eloklah tu. Muda lagi baru 22. Lainlah dah 32, bolehlah nervous reporter tanya kenapa single lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 05:24 PM | Show all posts
dia ni lawa, tp xberkenan dgn kening tebal beliau...
klau dia trim/layer kan skit kening tu insyaallah aku akan cuba tgur dia melalui aplikasi wassap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 06:32 PM | Show all posts
trademark tu kening sambung
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Identiti dia kening macam tu. Bior jela.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
AmandaRollins replied at 21-10-2016 03:55 PM
Kening tu cantas ckt leh x sin chan??cm bata da aq tgk!!

Kan noks..buruk kening die..mcm ulat bulu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes cinta palsu die dgn BW dl sehingga makcik2 kat cni meroyanlast2 kne tpu si playboya tu ..dh Agak sbb tu mls nk komen
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 07:50 PM | Show all posts
Dia ni baru umo 22 ek.. gaya dia x mcm org 22 pun.. dgn brg branded, shawl dior, laki mesti x berani nak dekat ng dia unless org ado2 jugak.. dia pun otak bisnes jugak kan n tau market, ape bbnu suka..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ecahaha replied at 21-10-2016 07:50 PM
Dia ni baru umo 22 ek.. gaya dia x mcm org 22 pun.. dgn brg branded, shawl dior, laki mesti x berani ...

Bapak pun banyak duit.... Pedehal
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 10:44 PM | Show all posts
Suke sheols ni.. down to earth gituh.. dengan adik beradik pun rapat.. takdelah jenis lupa daratan ke hape.. hope sheols jumpa someone yang sesuai dengan sheols + baik hati + business man berjaya + ape jelah yang bertentangan dengan BW tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau apa sumbangn sheols ini. Menggedik jah lebih. Kau ingat kau tu still remaja ke dik?
Muka pun mcm keling bertudung jah. Nothing special.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je dia tp xyah le ngn si Bw....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ad_hoc79 replied at 21-10-2016 04:30 PM
baguslah xcukur kening tu

Itulah. Dia ni dah la keje dlm dunia artis yg penuh noda. Lg nak suruh tmbh dosa dgn cukur kening. Gilo agaknya eh  
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:28 PM | Show all posts
saya pun pelik2 dgn forumer ni...

yang cukur kening, mampus dikutuk ....

yang tak cukur kening pun kena kutuk gak...

apa je yang dorg ni nak? knp kena ikut cakap forumer?

kejadian Allah pun dikutuk... kata kening orang buruk mcm ulat bulu laaa... hadoyai...

tu yg salu bagus jadi sr je...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi. Takyah fikir pasal kahwin dulu. Enjoy ur life first. Focus on urself and try mantapkan & stabilkan diri dulu sblm menerima kehadiran si dia.

Kening tebal nak buat cmne. Dah genetic pun gitu. Kalau trim bulu kening nnt jenuh nak jaga tetiap kali tumbuh. Sayangilah diri anda seadanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.147361 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list