Sumber foto: Astro Gempak
Sejak dua menjak ini, hampir setiap minggu ada sahaja isu mengenai perceraian artis ini memenuhi ruang hiburan media dan menjadi bualan hangat di media sosial.
Selepas pelbagai spekulasi mengenai dirinya dibuat, Elly Mazlein mengakui dirinya perlukan ruang dan masa selepas serik dengan perceraian. Menurut Elly, dia mahu teruskan kehidupan tanpa dihantui bayang-bayang bekas suami.
“Saya bahagia hidup dengan anak dan abah. Buat masa ini saya belum mahu terikat dengan mana-mana lelaki selepas serik dengan perceraian.
“Saya mahu tutup buku lama. Saya dah tak mahu masuk campur lagi segala yang berlaku dengan bekas suami.
“Saya dah memaafkan dia dan teman wanitanya,” akui Elly kepada Mangga Media.
Bagi artis paling kontroversi masa ini, penyertaannya dalam Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) adalah satu peluang besar untuk kembali aktif menyanyi.
“Saya dah lama tidak menyanyi. Sangat menakutkan kalau nanti diberi tugasan lagu genre rock tetapi saya akan cuba sahut cabaran itu.
“Saya anggap peluang masuk GV3 ini sebagai rezeki anak. Saya berlakon dan menyanyi adalah untuk mencari rezeki buat anak," tambahnya lagi.
Sumber foto: Mangga Media
Menurut Elly, semua yang dilakukan adalah untuk anak dan bapanya yang berada di bawah tanggungjawab dia. Semoga Elly terus tabah dan bahagia di samping keluarga tersayang selain dibuka pintu hati untuk menerima pengganti. Mungkin ada yang lebih baik sedang menunggu di luar sana. - CARI |