Seorang kerani sumber manusia di London berjaya melakukan transformasi dari gemuk ke kurus, hasil pecah amanah wang majikannya yang bernilai kira-kira RM500,000.
Sumber foto: Daily Mail
Ia suatu perubahan yang amat ketara apabila Leanne Rungay, 28, berjaya menurunkan berat badannya secara mendadak! Dia kemudian mempromosikan dirinya di akaun Instagram sebagai jurulatih bagi membantu orang ramai menikmati kehidupan sihat.
Wanita dengan pengikut Instagram yang mencecah 1,600 orang itu mendakwa dengan hanya mengamalkan diet dan senaman, dia berjaya mengurangkan berat sebanyak 31kg.
Sumber foto: Instagram Leanne Rungay
Di akaun Facebooknya, Rungay dilihat mendapat pujian daripada pengikutnya mengenai kecantikan yang dimiliki.
Sumber foto: Leanne Rungay
Walau bagaimanapun, popularitinya akan berakhir kerana perbuatannya itu sudah terbongkar dan mahkamah sesyen bakal menentukan hukuman ke atasnya.
Semasa berkhidmat dengan Spencer Ogden, Rungay memindahkan wang daripada syarikat itu ke dalam akaun simpanannya antara Jun 2014 hingga 16 September tahun lepas.
Daily Mail melaporkan, walaupun telah didakwa di mahkamah majistret Westminster, timbalan hakim daerah, Adrian Turner mendapati kes itu terlalu serius untuk dikendalikan oleh majistret dan memindahkannya ke mahkamah sesyen untuk hukuman.
Rungay dibenarkan ikat jamin sebelum sebutan kes di Mahkamah Sesyen Southwark pada tarikh yang akan ditetapkan. - CARI
Post time 20-10-2016 08:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nyanyan replied at 20-10-2016 06:08 AM
jadi dia guna duit pecah amanah untuk kuruskan badan? atau kerani yang dulu gemuk pecah amanah? :swe ...
kalau ikut undang undang tak sah penahanan ini. ketika melakukakn kesalahan adalah gemuk gedempol. macam dlm gambar. patutnya hakim kena cari pesalah yg gemuk tu.