CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chacon

'Hang Cangkul' Yang Serang Kakitangan SAJ Ditahan Polis

[Copy link]
Post time 18-10-2016 11:16 PM | Show all posts
jangan bagi dia bekalan air terus ban sahaja seumur hidup biar dia tak basuh berak....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 12:36 AM | Show all posts
moga kne sontot dalam jail nnt...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:20 AM | Show all posts
Habislah...polis dah cari


Sebahagian rakaman video yang tersebar hari ini.

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Kulai: Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki memukul dan mengugut seorang individu dipercayai kakitangan SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) selepas video insiden itu viral di laman sosial Facebook (FB) hari ini.

Video berdurasi 15 saat itu yang mula tersebar sejak jam 4 petang tadi memaparkan seorang lelaki memakai jaket SAJ yang berada di atas motosikal ditumbuk di muka oleh seorang lelaki, manakala seorang lagi menendang dan merampas topi keledar mangsa.

Ia dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu di sini.

Kejadian itu dipercayai dirakam seorang lagi kakitangan SAJ bertugas, yang mana suspek dilihat turut menuju ke arahnya sebelum rakaman ditamatkan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan.

Sementara itu, jurucakap SAJ memaklumkan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas melihat video berkenaan dalam laman sosial.

"Kami masih menyiasat perkara ini kerana sehingga kini kami tidak menerima apa-apa laporan daripada mangsa walaupun difahamkan laporan polis sudah dibuat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 9:04 PM
http://www.hmetro.com.my/node/175005
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
celaka mcm ni layak mati saja
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 07:49 AM | Show all posts
hehehehehehee....apo cer nie...lepas nie TMJ kena bagi air free laa nampaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 08:06 AM | Show all posts
ni dia
binatang yang diberi nama manusia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2016 08:12 AM | Show all posts
gila ke ape ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian abam SAJ,berhujan berpanas letak bil air kat mailbox,kena potong meter air,dibalas pula sepak terajang marhaen yg tak bertanggungjawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 10:18 AM | Show all posts
dah pakai bayar la.... bila dah tertunggak, org dtg potong tau plak ngamuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 10:24 AM | Show all posts

PeYno Mengamuk Meter Air Dicabut

sumber : [url=http://www.thereporter.my/2016/1 ... n-air-dipotong.html]sumber asal[/url]

(Video) Berang Bekalan Air Dipotong, Lelaki Serang Kakitangan SAJ Guna Cangkul  


KULAI - Video rakaman dua lelaki mengasari dan mencederakan dua kakitangan Syarikat Air Johor (SAJ), viral di media sosial, semalam.

Dalam kejadian di Kampung Melayu Kulai itu, dua kakitangan SAJ berkenaan telah memotong bekalan air ke rumah penghuni rumah tersebut selepas mereka gagal melunaskan bayaran bil air yang tertunggak selama tiga bulan.

Pada awalnya, seorang lelaki berusia berbaju putih dipercayai cuba berbincang dengan dua kakitangan SAJ berkenaan. Namun tiba-tiba mereka dihampiri oleh seorang lelaki muda yang tidak berbaju memaki hamun mereka dan meminta bekalan air disambung semula.

Tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki usia pertengahan mendesak mereka menyambung bekalan air. Namun kakitangan terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana arahan telah diberikan.

"Kau pasang je, mak aku pergi bayar," lelaki usia pertengahan itu.


Berang dengan keengganan kakitangan terbabit, dua lelaki berkenaan bertindak menumbuk dan menerajang kakitangan SAJ itu. Lelaki berbaju putih itu bagaimanapun cuba menghalang mereka berdua, namun tidak diendahkan.

Belum berakhir di situ, salah seorang mengambil cangkul dan mengugut mahu mencederakan mangsa.

Video yang dimuat naik oleh Kapten Ben itu telah 926,000 kali di laman Facebook. Malah, gambar lelaki yang memegang cangkul itu kini menjadi bahan troll di media sosial.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2016 10:27 AM | Show all posts

tak pasal2 satu malaysia troll









Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mane nak letak muka.jelas terpampang.dah pemes 1 malaysia ko bang
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 11:02 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan 'pendekar cangkul' membelasah seorang pekerja kontraktor yang memotong meter air di rumahnya di Johor menjadi viral di media sosial.
Menerusi gambar dan video yang tersebar di media sosial, pekerja kontraktor berkenaan, dipercayai daripada syarikat pembekalan air bersepadu SAJ Holdings Bhd telah ditendang beberapa kali, ditumbuk, dimaki hamun dan diancam dengan cangkul oleh lelaki terbabit yang marah apabila meter air rumahnya dipoton.

Dia yang memakai seluar pendek dan tidak berbaju dilihat meluru keluar dari rumahnya bersama cangkul menuju ke arah pekerja kontraktor yang berada di depan rumahnya.

Lelaki itu dilihat turut dibantu oleh seorang lagi rakannya yang juga bertindak menendang pekerja berkenaan.

Pengguna Facebook, Kapten Ben telah berkongsi enam keping gambar dan dua buah video kejadian tersebut dan menulis: "Pendekar Cangkul Kg Melayu Kulai. Kontraktor SAJ dah tiga kali iaitu tiga bulan bantu cuba mengelakkan meter air dipotong. Kali Ke 4 Kontraktor datang untuk buka meter pekerja diserang oleh 'pendekar cangkul'...buat malu orang Kulai menyerang orang yang tengah bertugas."

Posting tersebut setakat ini telah dikongsi hampir 20,000 kali dan tindakan 'pendekar cangkul' tersebut rata-rata mendapat kritikan negatif daripada netizen. -mstar












Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 11:05 AM | Show all posts
Apa punya Pendekar daa. Dah 3 kali bagi chance, tak pasal2 kena troll, kan dah malu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 11:18 AM | Show all posts
hanat betul troll.. nak marah terus tak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 11:22 AM | Show all posts
Mak die jugak kene bayor...

Memang uniform kampung tu eh.. pakai seluar pendek je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 11:52 AM | Show all posts
Padan muka kena troll...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:16 PM | Show all posts
hahahhaha...sape la troll mcm tu sekali..sakit perut aku gelak,,,
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 12:31 PM | Show all posts
org kampung mawi
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 01:37 PM | Show all posts
memalukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.317041 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list