CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 0

Fenomena Air Pasang: Dua lagi Pusat Pemindahan Terbaharu Dibuka di Selangor

[Copy link]
Post time 17-10-2016 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Berikutan fenomena air pasang besar, dua pusat pemindahan mangsa banjir yang baharu telah dibuka iaitu Dewan Masyarakat Sungai Keramat di Kapar, Klang dan Dewan Seri Sekinchan di Sabak Bernam.



sumber foto: internet



Penambahan tersebut menjadikan Selangor kini mempunyai lima dua pusat pemindahan kerana sebelum ini tiga pusat pemindahan telah dibuka iaitu Dewan Serbaguna, Kampung Tok Muda, Kapar, dan Dewan Sungai Air Tawar serta Dewan Parit Baru di Sabak Bernam.


Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul, kelmarin jumlah penduduk yang dipindahkan juga bertambah kepada 332 setakat 6 petang berbanding 321 pada sebelah pagi.


Fenomena Air Pasang: Dua lagi Pusat Pemindahan Terbaharu Dibuka di Selangor



Bagi mengekang air laut daripada melimpah ke kawasan kampung sejak Rabu lepas, aktiviti gotong-royong menambah ban pasir sepanjang 400 meter telah diadakan yang membabitkan hampir 100 penduduk Kampung Baru Lembah Pantai di Tanjong.


Selain menambah ban, penduduk kampung itu juga membuat pemantauan 24 jam secara bergilir-gilir sebagai langkah bersiap sedia sekiranya air laut melimpah ke kawasan darat.- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.051902 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list