Siapa yang tak pernah merasa makanan Thai? Memang sedap! Terutama kerabunya yang juga dikenali sebagai Somtum. Jadi kepada warga Melaka, jangan lepaskan peluang! Pada 27 Oktober hingga 2 November ini, pesta Makanan Siam akan diadakan di Dataran MITC, Ayer Keroh, Melaka. Program ini adalah pertama kali dianjurkan di sini.
Sepanjang tujuh hari berlangsung, program ini membawakan pelbagai makanan Thai asli yang disediakan usahawan dari Thailand. Antaranya termasuk Nasi Khaomok, Nasi Kaojam, Somtum, Tomyum, Teh Hijau, Teh Tarik dan pelbagai lagi produk menarik menanti!
Sumber foto: FB Thai Festival
Sebanyak 30 gerai menjual barangan murah akan dibuka Usahawan dari Utara itu. Mereka juga akan membuat persembahan yang akan dibawakan kepada pengunjung setiap hari selama pesta itu berlangsung.
Lebih menarik, mereka mungkin membuat penampilan istimewa dengan persembahan tarian api buat pertama kalinya di Melaka.
Kepada yang berminat membuka gerai, dapatkan lot jualan dengan segera sementara masih ada. Hubungi talian +6011-31201166 untuk maklumat lanjut! Anda juga boleh menghubungi mereka melalui aplikasi WhatsApp dengan nombor sama. - CARI |