CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15091|Reply: 132

Sentuh Lelaki, Itu Urusan Saya Dengan Tuhan -Nadya

[Copy link]
Post time 13-10-2016 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: IG Nadyasyahera


Nama aktres  Nadya Syahera, 23, yang memiliki penampilan berhijab ini terus melonjak naik selepas kemunculannya dalam banyak siri drama popular televisyen.

Wataknya sebagai Bella dalam drama Dia Semanis Honey dan Abang Bomba I love You betul-betul berjaya digalas dengan hebat dan mengangkat namanya sekaligus menjadi perhatian peminat di luar sana.


Namun di sebalik kejayaan yang diraih, pelakon yang berasal dari Kuala Nerang ini turut menerima pelbagai reaksi negatif kerana watak yang dibawanya.

Aksi lakonannya yang bersentuhan dengan lelaki, malah foto bersama tunangnya yang merangkul bahu Nadya yang telah dimuat naik di Instagram menyebabkan dia dikecam netizen kerana perbuatan ini tidak selari dengan imej yang dibawanya.




Sumber: IG Nadyasyahera


Mengulas berkenaan isu ini, dia mengatakan yang segala adegan yang memerlukan dia bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim adah urusannya dengan Allah.


“Saya hanya menjadi diri saya yang sebenar, enggan hipokrit, berpura-pura baik di hadapan khalayak. Isu bersentuhan dengan lelaki, itu dosa yang perlu saya tanggung sendiri," katanya kepada Utusan Online.


Malah tambahnya, dia tidak mahu menipu dengan menjadi muslimah sempurna di depan khalayak ramai sedangkan hakikatnya bukan begitu.


Baginya dia tidak dapat menghalang masyarakat di luar sana untuk membuat sebarang spekulasi buruk tentang dirinya namun dia sedar tentang batas yang perlu dihadkan.

‘Tetapkan niat, mulakan usaha dan jangan pernah berputus asa sehingga mendapat keputusan terbaik' menjadi slogan hidupnya malah Nadya rela dibenci peminat demi menjayakan watak dan cintanya terhadap dalam bidang lakonan. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2016 02:31 PM | Show all posts
Edited by damian_lee at 13-10-2016 02:40 PM

ok lah ... sis ... dah tau itu urusan uols dengan Allah .. boleh plak melanggar hukumNya ya ... nampaknya urusanmu dengan Allah adalah sesuatu yang anda kawal dan anda yang tentukan ... huhuhuhu ...

nanti bila Allah tanya .. boleh la jawab .."oh Allah,meols kan dah bagi tau awal2 .... xkan itupun kira dosa" ....
P/S: Komen diatas bertitik tolak dari statement BIMBO dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis2 ni boleh tak kalau tak tau nak bagi jawapan yg cerdik, just cakap 'no komen' je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mampus pi la.. nape ummah slalu nyibuk dosa retis eh? Padahal kat public, org ramai wat cmtu x berani tego. :
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 02:50 PM | Show all posts
urusan umat Islam juga untuk menegur perbuatan mungkar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey n gedik manja dia ni. Berlakon pon ok. If xde jwapan cerdik jwb jela no komen kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2016 03:06 PM | Show all posts
teringat adegan dirogol dlm Dia Semanis Honey. Kekal bertudung chuols.
Even mekap dah jadi joker
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:08 PM | Show all posts
damian_lee replied at 13-10-2016 02:31 PM
ok lah ... sis ... dah tau itu urusan uols dengan Allah .. boleh plak melanggar hukumNya ya ... namp ...

sorry, iols siap imagine dia lontarkan dialog cenggitu dgn lipstick merah menyala dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2016 03:08 PM | Show all posts
dah bertutup litup, harap perbuatan pun selari.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:10 PM | Show all posts
Star_el replied at 13-10-2016 03:06 PM
teringat adegan dirogol dlm Dia Semanis Honey. Kekal bertudung chuols.
Even mekap dah jadi joker

nampak pelik kan. padahal dlm cite tu dia ada sugardaddy. sugarbabe zamam skg pun hijabista.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:12 PM | Show all posts
cukup2 la retis2 bimbo mcm ni..
tapi salah retis senior jugak..ada yg bg jaw mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:13 PM | Show all posts
mane gambo ngan tunang rangkul bahu tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:17 PM | Show all posts
jawapan sombong nawww.. awak tu baru la masuk industry kang jgn smp kna boikot plak dik yer.. walaupun iols mmg x kenal dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:24 PM | Show all posts
la.. 23 ke..muke mcm 32..huhu..pttle jawapan yg ko bg nmpk mcm x matang lagi dek
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan angkuh
Ni spesis duit menghalalkan cara
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:29 PM | Show all posts
amboih diva sangat aih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2016 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga sempat bertaubat la ye. Ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:34 PM | Show all posts
dia ni budak universiti atau kolej mana?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:38 PM | Show all posts
itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Terserlah kegedikannye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.082928 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list