CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 6

Jom Berinteraksi Dengan PM Guna Aplikasi Telefon Bimbit, App-Najib Razak!

[Copy link]
Post time 12-10-2016 04:29 PM | Show all posts |Read mode
sumber foto: malaysiakini.com


Mungkin ada yang ingin berinteraksi dengan Perdana Menteri, kini anda mampu melakukannya iaitu dengan menggunakan aplikasi telefon bimbit ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara rasmi melancarkan aplikasi telefon bimbit beliau sendiri bagi membolehkan rakyat Malaysia berinteraksi, kongsi pendapat dan memberi cadangan yang membina menerusi aplikasi telefon bimbit tersebut.


Aplikasi milik PM itu dinamakan NAJIB RAZAK yang boleh dimuat turun di Google Play Store untuk telefon Android dan App Store (Apple).


Difahamkan, aplikasi berkenaan direka khas untuk memudahkan orang ramai berinteraksi dengan PM.


Selain memperoleh perkembangan terkini yang diumumkan PM, pengguna juga boleh mengetahui lebih mendalam tentang sejarah pembabitan beliau di arena politik menerusi aplikasi tersebut juga.


Aplikasi telefon bimbit itu telah dipaparkan di iOS pada 9hb Oktober, manakala di Android hanya dikeluarkan pada 11hb Oktober.


Jenis bahasa yang boleh diguna termasuk Inggeris, Catalonia, Perancis, Itali, Portugis dan Sepanyol.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 04:36 PM | Show all posts
so, sape kat sini dh donlod?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
TT bangang abadi...

@spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 09:28 PM | Show all posts
xy_daen replied at 12-10-2016 04:38 PM
TT bangang abadi...

@spiderman80

Thanks bro, tapi momod tak dapat menutup thread ini.
@admin6

Comments

sudah ada ke thread ini?  Post time 14-10-2016 04:20 PM
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 08:56 AM | Show all posts
Jenis bahasa yang boleh diguna termasuk Inggeris, Catalonia, Perancis, Itali, Portugis dan Sepanyol.
Er... bahasa Nepal, Bangladesh, Indonesia takde ke?


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian pembayar cukai
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063852 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list