Kredit Foto: FB Aliff Syukri Terlajak Laris
Ekonomi negara dilihat semakin meruncing dari sehari ke sehari dan antara yang meluahkan rasa bimbangnya secara terbuka ialah Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.
Peningkatan kos sara hidup menyebabkan semua perniagaan susut dari segi hasil jualan dan beliau yang selama ini menjalankan perniagaan dalam bidang kecantikan serta kosmetik adalah antara individu yang amat terkesan dengan keadaan ini.
Petikan dari statusnya di Facebook menyatakan, “Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi."
Kredit Foto: FB Aliff Syukri Terlajak Laris
Apa yang lebih menakutkan ialah pengalamannya ketika melawat ke Australia untuk tujuan bisnes, di mana beliau mendapati anak-anak Melayu yang berkerja di sana dipandang rendah oleh orang Australia.
"Sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis 'Yaa Ohh are you farmer boy', sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar?"
Banyak netizen yang meluahkan pendapat masing-masing dan banyak antaranya mencetuskan perdebatan dan kontroversi.
Kredit Foto: FB Aliff Syukri Terlajak Laris
Orang yang berpangkat tinggi dan boleh dikira sebagai salah seorang terkaya di Malaysia turut merasai kesusahan ini, apatah lagi kita ini seorang rakyat marhaen sahaja. Sebab apa semua ini terjadi? Salah siapa? Semoga satu hari nanti akan ada jalan penyelesaiannya. -CARI |