View: 1170|Reply: 0
|
DIY Bunga-bunga Berbentuk Hati
[Copy link]
|
|
DIY bunga-bunga berbentuk hati ini sebenarnya cukup mudah untuk membuat dan ia juga akan kelihatan menarik dan cantik untuk dihiasi dipelamin. Jika anda adalah seorang yang gemarkan bunga-bunga, maka DIY ini adalah sangat sesuai untuk diri anda. Maka, jom anda lihat bagaimana untuk membuatnya.
Barang yang perlu ada:
- Tapak berbentuk hati.
- Blok busa bunga.
- Bunga segar.
- Daun-daun.
- Tape bunga.
- Gam bunga.
- Reben.
- Gunting bunga.
- Spray cat warna kelabu dan warna mint.
Cara-caranya:
- Catkan tapak berbentuk hati anda dengan spray cat berwarna kelabu dan mint.
- Pasangkan blok busa bunga anda dibahagian bawah tapak berbentuk hati dengan menggunakan tape bunga. Pastikan blok busa bunga anda tepu dengan air, ini bagi memastikan bunga segar anda sentiasa kekal segar.
- Menutup tapak berbentuk hati anda dengan menggunakan daun-daun dengan menggunakan gam bunga.
- Kemudian, cucuk bunga hidup anda di blok busa bunga.
- Anda boleh mula mengantungnya di dinding, pastikan anda membuat DIY ini pada awal majlis perkahwinan agar bunga DIY anda kekal segar sepanjang perkahwinan.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com
Photo credits: Google.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|