Ketika Parlimen Norway sedang mengadakan persidangan, Perdana Menterinya Erna Solberg dikatakan tidak dapat menahan ketagihan untuk bermain permainan Pokemon GO.
Difahamkan aksi beliau ketika sedang ghairah bermain Pokemon GO di dewan Parlimen telah sempat dirakam oleh media tanpa disedari beliau.
Ketika itu, presiden Parti Liberal Trine Skei Grande sedang melakukan pembentangannya di Parlimen.
Ogos lalu, ketika hadir ke satu perbicaraan mengenai keselamatan negara, Grande juga didapati sedang bermain Pokemon GO.
Apabila mendapat tahu Perdana Menteri bermain Pokemon GO semasa perbentangannya, Grande beritahu melalui akaun twitternya, " Anda tahu tak, Solberg mampu dengar apa yang dicakap oleh saya? Kami kaum wanita dapat melakukan dua jenia kerja serentak."- CARI
cute juga bila fikir PM ni gigih cari pokemon, fikir strategy nak tangkap, runsing tgk bola cukup ke tak, dll yg berkaitan.. first world problem betul ni