Great Barrier Reef terletak di Australia dan merupakan "syurga" bagi para penyelam dan pencinta hidupan laut.
Disini merupakan kawasan terumbu karang terbesar yang terletak di Laut Coral yang mana mencakupi lebih dari 2,900 terumbu karang dan ratusan pulau. Tidak hairanlah kawasan yang sangat cantik ini dinobatkan sebagai taman warisan dunia UNESCO.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Great Barrier Reef sepanjang percutian disini, pengunjung dapat berenang, snorkeling, menyelam dan berlayar di sepanjang Great Barrier Reef sambil menikmati keindahan pantai yang sangat jernih airnya.
Pendek kata disini pengunjung dapat saksikan pelbagai jenis batu karang dan hidupan laut yang mungkin tidak ada di tempat lain.
Cara terbaik untuk menjelajahi Great Barrier Reef adalah dengan menggunakan kapal pesiaran yang banyak belayar di sepanjang pantai utara Queensland. Kota Cairns dianggap sebagai pintu gerbang utama menuju tempat ini. - CARI