View: 2108|Reply: 6
|
Terima Panggilan Ancaman Bom, Bangunan Bursa Malaysia Dikosongkan!
[Copy link]
|
|
sumber foto: http://photos.wikimapia.org/
Menurut laporan akhbar Oriental Daily News, tengahari tadi bangunan Bursa Malaysia yang bertempat di Bukit Kewangan menerima panggilan ancaman bom, orang ramai diminta mengosongkan bangunan.
Difahamkan panggilan tersebut diterima oleh pondok pengawal bangunan pada sekitar jam 1pm tengahari tadi.
Pihak yang menelefon mengatakan mereka telah mengepung bangunan, pengawal segera menghubungi pihak polis akibat menyedari perkara agak serius.
Pihak polis yang tiba di lokasi, orang ramai diarah tinggalkan bangunan tersebut dan seluruh kawasan bangunan ditutupi untuk memudahkan kerja-kerja pemeriksaan pegawai polis.
Difahamkan, bangunan tersebut bukan sahaja terdapat pekerja bursa saham tersebut, ianya juga terdiri daripada pekerja HSBC Bank dan Syarikat Astro Awani, dijangka berjumlah 3000 orang.
Akan tetapi, disebabkan ketika itu adalah waktu makan tengahari, jadi kerja-kerja pemindahan yang membabitkan ratusan orang sahaja.
Menurut laporan Kosmo, Bursa Malaysia dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, Perancangan Kesinambungan Perniagaan (BCP) telah pun diaktifkan dan urus niaga dijangka disambung semula seperti biasa pada pukul 2 petang.
"Sebagai langkah keselamatan, para pekerja dan penyewa telah pun dipindahkan dan urus niaga dijalankan seperti biasa setelah pengaktifan BCP."- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
TT bebal abadi... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.....(nanti Spidey kena pecat)
Btw, thread yang dibuka oleh wartawan LTS, momod tak dapat tutup atau pindah kan ke bod lain.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|